27 May 2010

Samy Vellu, KJ dan tanah KTMB di Singapura

Beberapa minggu ini aku tidak kemas kini blog aku. Bukan kerana tiada isu yang nak diulas atau kupas, tapi entah kenapa sejak dua menjak ini malas benar aku nak menaip. Tambahan pula dengan bebanan kerja hakiki aku. Aku rangkumkan beberapa isu yang hangat diperkatakan minggu ini, di sini.

1. Samy Vellu dan MIC
Desakan agar Presiden MIC, Samy Vellu melepaskan jawatan beliau secepat mungkin terus datang dari kalangan pemimpin dalaman mereka sendiri. Akibatnya mereka yang bersuara lantang mendesak Samy Vellu meletakkan jawatan dipecat. Diktator.
Isu nak "jatuhkan" Samy Vellu sebenarnya bukan baru. Dah lama dah. Sejak zaman Mahathir lagi. Tapi usaha ini bukannya datang dari UMNO tetapi pemimpin MIC sendiri. Macam-macam cara mereka cuba nak turunkan Samy Vellu termasuk menggunakan isu Maika, tapi gagal. Samy berjaya mempertahankan kedudukannya menggunakan apa cara sekalipun.
Mereka yang gagal jatuhkan Samy Vellu akhirnya kecewa dan kemudian keluar parti. Kemudian tubuh parti baru. Sebab itulah kalau dilihat MIC paling banyak parti serpihan. Aku percaya Samy akan terus mempertahankan kedudukannya sampai tiba masa dia merasakan dirinya perlu melepaskan jawatan. Katanya sebelum atau pada September tahun depan. Tapi macam Subramaniam (bekas pencabarnya) katalah, Samy Vellu dah lama berjanji nak lepas jawatan. Dah berapa kali tahun depan dah.
Entahlah Samy. Lantak koranglah. Kalau kau nak menongkat langit dengan jawatan Presiden MIC tu lantaklah. Tapi ingat undi dari kaum India terhadap BN semakin merosot, bukan kerana mereka marahkan UMNO atau Najib, tetapi sebab Samy Vellu. Sedar dirilah beb!

2. KJ masuk Wataniah
KJ masuk Wataniah pun nak jadikan isu terutama kepada mereka yang tidak suka dengannya. Aku pun bukan gemar sangat dengan Ketua Pemuda UMNO yang menang sebab "bapa mentua" tu tapi apalah salahnya dia masuk Wataniah. Kurang2 boleh tingkatkan semangat jati diri, kenegaraan, fizikal dan mentalnya. Maklum dia pun muda lagi.
Kaitkan usaha beliau masuk Wataniah sebagai persiapan untuk menjadi Menteri Pertahanan tidaklah molek. Aku percaya KJ ikhlas ketika beliau menyatakan hasrat untuk menyertai kursus ala ketenteraan selama 2 bulan itu. Jadi kepada mereka yang tidak senang dengan KJ, tak usahlah nak perli2 beliau. Apa salahnya dia masuk wataniah. Elok korang yang duk bantai dia masuk sekali. Sekurang2nya tahu betapa peritnya menyertai kursus ini.

3. Tanah KTMB di Singapura
Kecoh bila Najib bersetuju lepaskan tanah KTMB di Singapura kepada negara itu. Ramai yang melihat Najib dah gadai tanah orang Melayu kepada Singapura. Tapi aku taklah nampak ia sebagai masalah besar. Ia macam istilah orang putih "give and take" kita beri tanah KTMB kepada Singapura, tapi kita ambil tanah milik Singapura di Johor yang mereka dijadikan pusat pemprosesan air bersih. Kira win-win situationlah!
Tanah KTMB kat Singapura tu banyak juga tapi tak beri keuntungan ekonomi sebab tidak dimajukan. Sebab itu ia diserahkan kepada syarikat usahasama Malaysia-Singapura dengan entiti 60:40 untuk dimajukan. Bila dah dimajukan, KTMB pun akan dapat hasil. Tak adalah bergantung jual tiket keretapi jeh. Lagipun ia diganti dengan tanah lain yang lebih strategik dan ekonomi.
Jadi, jangka pendek memang nampak macam kita rugi sebab serah tanah KTMB tetapi dalam jangka panjang ia memberi keuntungan kepada KTMB dan kerajaan Malaysia. Janganlah emosi soal tanah KTMB tu sebab aku percaya ia tidak merugikan negara.

Share this

5 Responses to "Samy Vellu, KJ dan tanah KTMB di Singapura"

  1. Bagus la KJ tu. Sanggup jadi hitam macam negro di bawah panas terik mentari sebab nak bodek PM letak dia jadi menteri kabinet.

    Jesus Christ is not the same as Allah.

    ReplyDelete
  2. aaa yer la tu win win situation. 60 40. esok kalau mr le beli lagi 20 abis la mesia ni. makin lama makin kecik.

    ReplyDelete
  3. Very simple brother, KJ has become a symbol of hatred after what KJ did suring Dollah's tenure. So whatever KJ does now, it will definitely become an element of laughter .... HA HA HA

    ReplyDelete
  4. Wake Up/Singh Is King: Dont worry-lah, without father in law KJ is nothing...
    Darulehsan: Kerajaan BN tak sebodoh itu bro.

    ReplyDelete
  5. sir,

    kata shahir samad, tanah tuh bukan milik malaysia..ia hanya tanah pajakan dan hanya dipajak untuk landasan keretapi...saya setuju yang keputusan itu adalah yang terbaik...untuk kata Sinagapura yang untung tidak jugak...tinggal lagi mereka dapat bangunkan tanah yang tak boleh mereka bangunkan di negara sendiri..60:40 adalah angka yang wajar,munasabah dan adil

    KJ, pandai2 la bawa diri

    Semi Value, takyt sangat dia nak "pencen"

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.