28 June 2010

Khalid vs Azmin... yang merana rakyat Selangor

PKR kat Selangor ni sejak menang PRU-12 sampai hari ini tak habis-habis dengan cerita "perang" politik termasuklah sesama sendiri. Selama itu aku tak pernah baca laporan termasuk dalam Malaysia Kini ke Malaysian Insider ke Harakah Daily ke Suara Keadilan ke yang menyebut tentang kerajaan Selangor dan pembangunan. Tak kiralah ada pelaburan baru ke, nak bina pelbagai projek untuk rakyat ke, tak ada langsung. Yang ada cuma cerita-cerita politik yang tak habis-habis sejak dua tahun lalu. Lepas satu satu....

Yang terbaru pasal perebutan kerusi MB Selangor oleh Azmin Ali. Tak kisahlah Khalid nak nafi macam mana pun yang jelas hari ini Azmin dan "rampas kuasa" sebagai Pengerusi PKR Selangor daripada Khalid. Alaa... Khalid tak payahlah bagi alasan sibuk dengan urusan kerajaan negeri sebabnya apa yang disibukkan pun. Bukan awak buat kerja pun. Pasal kegiatan curi pasir pun awak tak tau menahu, nampak sangat awak memang tak buat kerja pun. Jadi apa nak sibuk sangat sampai terpaksa lepaskan jawatan Pengerusi PKR negeri.

Weih, budak sekolah tadika pun tahulah, tak payah bagi alasan klise macam tu. Kalau Khalid nak tahu inilah kaedah paling halus yang dijalankan oleh Azmin menerusi CIFU-nya Anwar untuk menurunkan kamu dari kerusi MB tu. Mula-mula lantik Azmin jadi Pengerusi PKR, lepas itu nanti lantik pula jadi MB. Alaaa... satu percaturan politik cukup mudah untuk dibaca.

Lepas ni apa lagi yang akan berlaku kat Selangor aku sendiri tak tahu. Yang aku tahu rakyat Selangorlah yang terus merana kerana kerajaan mereka tak habis-habis duk berpolitik dan tiada usaha untuk meningkatkan kemajuan Selangor. Semuanya berharap kepada kemajuan yang sedia ada hasil usaha kerajaan BN sebelum ini. Apalah yang dinasihatkan oleh Penasihat Ekonominya sehinggakan Selangor yang selama ini sihat walwafiat semakin tidak sihat. Mana tidaknya, tiada suntikan baru diberikan.

Sudah-sudahlah Khalid, mengaku sajalah... Kau ada maruah bro! Jangan sampai maruah kau dihempas dan dipijat oleh kumpulan bateri 3A dalam PKR ni.

Share this

1 Response to "Khalid vs Azmin... yang merana rakyat Selangor"

  1. Anwar cuba menarik rambut di dalam tepung tetapi semuanya Azizah, Azmin, Khalid, Zaid dan Anwar sendiri lesu dan letih dalam permainan mereka sendiri.

    Di sidang media, wajah masing2 kusut masai macam baru lepas bergusti, hilang aura sebuah parti, macam baru lepas mesyuarat AJK Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Tamil.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.