22 June 2010

Pudu Jail... Satu sentimental value....

Malam tadi sebahagian tembok Pudu Jail telah dirobohkan bagi membolehkan pelebaran Jalan Pudu yang sering sesak terutama pada waktu puncak dapat dilaksanakan. Pudu Jail dibina pada tahun 1895 dan kemudian ditutup pada 1996. Sejak itu kawasan Pudu Jail menjadi rebutan kerana ia mempunyai nilai komersial yang tinggi tetapi akhirnya kerajaan menyerahkan kawasan itu kepada UDA Holdings untuk dimajukan.

UDA walaupun sudah merancang untuk menjadikan kawasan penjara itu sebuah kawasan komersial dan penempatan urban tetapi sehingga hari ini tiada tanda-tanda ia dimajukan. Aku percaya kalaulah ia jatuh ke tangan Berjaya Group misalnya (yang majukan Time Square di seberang Jalan Pudu), dah lama Pudu Jail dirobohkan dan diganti dengan kondominium mewah atau hotel bertingkat2 tingginya. Sebabnya lokasi Pudu Jail sangat strategik iaitu di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah.

Pun begitu sehingga hari ini, Pudu Jail masih kekal sebagai kawasan  bangunan usang tempat di mana beribu-ribu penjenayah ditempatkan dan dipenjarakan. Malah tidak kurang juga yang kehilangan nyawa di tali gantung di penjara tersebut. Sehinggalah malam tadi apabila tembok yang terdapat mural terbesar hasil seni penghuni Pudu Jail dirobohkan. Ramai yang berduka sebab menilai ia mempunyai nilai2 sejarah dan warisan.

Tapi ada pemimpin menganggap penjara tidak sesuai dijadikan warisan sebab ia "tempat tidak elok". Dalam hal ini aku tidak setuju. Biarpun ia sebuah penjara tetapi ia merupakan satu tapak tinggalan lama yang kalau dimusnahkan akan hilangkan sejarahnya. Benar, Pudu Jail tidak sewajarnya dikekalkan tetapi sekurang-kurangnya "simpanlah" beberapa bahagian daripadanya terutama pintu masuk utamanya.

Ini kerana setahu aku banyak penjara lama di dunia telah diubah-suai dan dikekalkan sebahagiannya sebagai kenang-kenangan. Di Singapura setahu aku tapak penjara lama dijadikan kawasan bar dan restoran yang menjadi tumpuan ramai. Pulau Jerjak di Pulau Pinang dijadikan pulau peranginan. Begitu juga penjara Alcatraz (Edited!) di US juga dijadikan kawasan pelancongan.

Kalau bangunan lama lain di sepanjang Jalan Pudu dikekalkan sebahagian senibinanya (terutama di bahagian depan) kenapa Pudu Jail tidak boleh dikekalkan sebahagiannya? Takut sangatkah nak tengok penjara?

Share this

8 Responses to "Pudu Jail... Satu sentimental value...."

  1. Kita hilang seni kemajuan.. sesat.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Semuanya tidak pasti apa yang nak dibuat dengan Penjara Pudu. Alang alang batu buruk batu bertangkup.

    Akan tetapi, demikianlah halnya dengan Central market tahun lapan-puluhan. Tetapi cemerlang pemikiran businessman zaman itu. Hidupkan Central Market sebagai pasar...Pasar Seni.

    KL kini amat memerlukan daya tarikan baru. Setiap tahun tak boleh peragakan yang sama saja. Malangnya, kediaman baru, jalan lebar dan mall baru diutamakan - Pudu Mall?

    Runtuhkan lagi bangunan warisan.

    Tidak mungkinkah kita dapat mengubah Penjara Pudu kepada 'Open Theatre' mempersembahkan Makyung, Wayang Kulit, Menora, Rodat, Kuda Kepang dan sebagainya setiap malam? Para kraf teater yang membuat set, kostum, patung patung wayang kulit, juga dapat dikumpulkan disini. Tidak ketinggalan, kita juga dapat menjemput kumpulan teater serantau Nusantara untuk membuat persembahan di sini. Bukankah ini dapat menambah nilai astetik dan aktiviti kebudayaan di Bandaraya Kuala Lumpur tersergam indah.

    Dah terlambat untuk saya bersuara.

    Al-fatihah untuk Primadonna Makyung, Mak Jah yang dikasihi...ingin saya mencari tapak sesuai untuk makyung satu hari nanti...

    ReplyDelete
  3. Satu cadangan bernas dari ninotaziz. Masih belum terlambat sebenarnya. Pudu Jail masih utuh, cuma dirobohkan tembok yang mengelilinginya. Akan datang tidak pasti...

    ReplyDelete
  4. aku cadangkan lokasi penjara pudu dijadikan tempat letak kereta bertingkat lagi bagus 10 tingkat.. senang org nak parking lepas tu naik monorel atau LRT.

    ReplyDelete
  5. Cadangan Zaharah ok jugak cuma nak tanya ada ke org kita ni sanggup parking kereta mrk kat situ than naik public transport? Kebanyakan dr pemandu kat KL ni (terutama pemandu2 kereta mahal sikit) kalau boleh nak parking depan pintu opis/shopping complex. Sbb malas nak jalan sikit... Itu pasal byk kereta diletak depan opis/kedai/shopping complex sbb malas nak jalan... bukan sbb tak ada space parking!!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.