08 June 2010

SPRM patut siasat kerugian Kohilal... UMNO kena buat roadshow dedah penyelewengan!

Koperasi Al-Hilal (Kohilal) yang ahli-ahlinya terdiri daripada puak2 Pas alami kerugian sebanyak RM45 juta. Alasan yang tak masuk akal diberikan - salah kira. Kalau kira duit sebanyak tu pun salah, macam mana boleh dilantik sebagai pentadbir koperasi ini?

Nampak macam ada yang tidak kena dengan Kohilal tetapi pemimpin Pas tak berani buka mulut. Kesihan kat mereka yang sanggup bergadai tanah dan lembu semata-mata nak melabur dalam koperasi Kohilal. Bila rugi macam ni mereka buat diam. Kalau Sime Darby  atau Pos Malaysia rugi, satu negara mereka canang kata rasuah lah, apalah.... Ops... Lupa! Orang Pas tak apa, orang lain tak boleh!

Jadi aku ingat SPRM patut juga siasat apa yang berlaku dalam Kohilal. Manalah tau kalau-kalau ada lembaga pengarah mereka yang tidak amanah atau tidak pandai menguruskan perniagaan sehinggakan koperasi berkenaan mengalami kerugian. Aku dapat tau Suruhanjaya Koperasi Malaysia sedang siasat tapi elok juga kalau SPRM siasat sekali.

Lagi satu aku geram benar dengan puak2 mereka terutama CIFU Anwar yang bukan main lagi sanggup keliling negara konon nak dedahkan kelemahan kerajaan urus Petronas, Sime Darby atau lain-lain tetapi bila kena batang hidung sendiri buat-buat lupa ingatan.

Jadi, elok sangatlah puak2 UMNO terutama Pemuda UMNO buat roadshow kat kampung-kampung terutama di Kelantan, Kedah dan Terengganu, dedahkan bagaimana lemahnya mereka nak uruskan Kohilal sehingga rugi. Lagipun Ketua Pemuda pun tak ada kerja apa-apa eloklah jadi penceramah bebas macam CIFU Anwar tu. Untung2 orang bagi derma, bolehlah lepas isi minyak CLK tu.

Bagitau mereka macam mana puak2 mereka nak uruskan kewangan negeri atau negara sedangkan urus koperasi yang seciput itupun boleh silap kira. Patutlah Kelantan tak maju-maju sampai la ni sebabnya orang Pas memang tak tau nak urus kewangan rupanya.

Tulah. Orang lain duk kira wang pakai Ringgit Malaysia tapi puak2 depa pakai "pitis".... Tu yang salah kira tu!

Share this

3 Responses to "SPRM patut siasat kerugian Kohilal... UMNO kena buat roadshow dedah penyelewengan!"

  1. SPRM niii... tak boleh harap lah. Kes PAS simpan dalam meja.

    Orang SPRM di Kelantan pun patut disiasat oleh Suruhanjaya lain pulak. Macam di Indonesia, Ketua jabatan rasuah kena siasat dan berhenti kerja.

    ReplyDelete
  2. Masalah Kohilal biarlah pelabur dan ahli2 PAS yang 'sebok' nak buat atau tidak pendedahan dan cari penyelesaian.

    UMNO tolong repair dan jaga rumah sendiri, banyak sangat bocor, berlubang, tiang patah, bumbung terbang....woiiiii banyak sangat.

    ReplyDelete
  3. Kluangman: Aku cadang mcm tu bukan apa selama ini puak2 pembangkang duk sibuk sangat jaga tepi kain UMNO, apa kata sekali sekala UMNO pulak sibuk2kan duk jaga rumah tangga orang pulak!
    Lagipun pelabur2nya (puak2 Pas kat kampung2) bukannya taupun apa berlaku dalam Kohilal sebab selama ini mereka dimomokkan bahawa Pas adalah parti yg maksub dan begitu juga pemimpin mereka. Bila dah tiap ceramah/kuliah Maghrib duk tanam benda tu, kalau ada yg terpesong pun org Pas takan percaya!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.