07 June 2010

Subkhiddin tukang pegang papan tukar player... OK-lah tu!

Subkhiddin, pengadil pertama Malaysia yang terpilih untuk menjadi pengadil Piala Dunia sudah cukup membanggakan negara walaupun sekadar menjadi pengadil keempat pertandingan pembukaan kejohanan bola sepak teragung di dunia itu pada 11 Jun ini.

Beliau terpilih untuk menjadi pengadil keempat bagi perlawanan pembukaan antara tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico. Pengadil keempat bermakna Subkhiddin bertugas memegang papan tukar pemain di luar padang setiap kali ada pertukaran pemain dibuat. Beliau juga bertugas memberitahu jumlah masa tambahan pada perlawanan tersebut.

Maknanya kalau kita nonton bola kat TV nanti, kalau ada pemain Afrika Selatan atau Mexico nak buat pertukaran, mereka akan memaklumkan kepada Subkhiddin dan beliau akan memasang dan memegang papan tanda nombor pemain yang nak ditukarkan. Hemm... Oklah tu.

Maklum nak tunggu pemain bola sepak negara kita masuk Piala Dunia sudah tak ada harapan langsung. Jadi kalau seorang pengadil wakili Malaysia ke Piala Dunia kira boleh banggalah. Anak Melayu pulak tu. Apa pun tahniah buat Subkhiddin dan semoga anda menjalankan amanah dengan baik.

p/s: Nak ucap selamat kembali ke tanah air para wira negara yang menjadi sukarelawan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Share this

5 Responses to "Subkhiddin tukang pegang papan tukar player... OK-lah tu!"

  1. Entah bila pasukan bola sepak Malaysia akan tersenarai ke perlawanan peringkat antarabangsa?

    Lies by the Israeli terrorists.

    ReplyDelete
  2. xpe.. bila ada pertandingan bolasepak dikg saya, saya cadangkan mesin taip buruk jde pengadil pertama.

    ReplyDelete
  3. Wake Up: Nak main peringkat antarabangsa takde masalah cuma nak menang tu yg jadi masalah. Kalau Vietnam atau Myanmar pun susah nak lepas, apa lagi nak challenge Korea atau Jepun.

    Pak Dek: Hahaha... No hal. Cuma takut pengadil yg kena usung dulu sbb semput!

    ReplyDelete
  4. harap pengadil utama pengsan tgh padang.. Dpt pengadil ke4 ganti..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Subkhidin sebab bertugas dgn baik sebagai Pengadil ke-4 berbanding penjaga garisan yang membatalkan gol Greece yg dikatakan off-side.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.