24 June 2010

Ulama masuk UMNO... Apa masalah?

TERKINI:
Seramai 40 ulama mengotakan janji mereka untuk menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO, DS Najib Razak sebelum mesyuarat MT UMNO, di PWTC malam ini. Antara yang serah borang ialah anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahaya.- [8.45pm 26.06.2010]

POS ASAL:
Kecoh sekecohnya apabila Setiausaha Kerja UMNO membuat pendedahan bahawa puluhan malahan ratusan ulama termasuk berpendidikan Ph.D akan menyertai UMNO secara beramai-ramai. Khabarnya mereka akan menghantar borang keahlian esok. Kenapa esok jangan tanya aku, aku tak tahu. Mungkin ambil berkat hari Jumaat.

Bila isu ulama berduyun-duyun nak masuk UMNO, orang yang paling panas punggung dan panas hati ialah para pemimpin Pas-lah. Sebabnya selama ini mereka telah meletakkan piawaian bahawa seorang ulama itu haruslah mempunyai perjuangan sama macam Pas. Kalau bertentangan dengan mereka, itu bukan ulama.

Tentu ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa sebenarnya dalam UMNO sendiri sudah ramai yang bertaraf ulama tetapi sengaja mereka tidak menonjolkan diri. Mereka bukan ulama jenis gila kuasa nak jadi pemimpin politik apatah lagi jadi MB atau waima PM sekalipun. Cukuplah mereka berada di barisan belakang dan memberikan nasihat dan panduan kepada UMNO serta kerajaan.

Kalau aku nak senaraikan cukup banyak sebetulnya dari yang bertaraf mufti, imam-imam masjid besar dan terkenal sehinggalah kalangan akademik. Memandangkan mereka adalah golongan yang arif dan berpengetahuan dalam bidang agama Islam maka mereka dikategorikan juga sebagai ulama. (Kamus Istilah DBP: Ulama - orang yang ahli dalam hal atau dalam pengetahuan agama Islam.)

Sama ada mereka menjadi ahli UMNO atau tidak itu bukan persoalan sebab yang pasti mereka adalah pendukung perjuangan UMNO. Tetapi ulama-ulama UMNO sering dinafikan terutama oleh puak2 Pas kerana alasan tadilah. Ulama yang tak sealiran dengan mereka akan dicerca dan dinista habis-habisan. Lihatlah apa yang berlaku kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria. Malah Dr. Maza pun pernah dinista oleh Pas gara-gara pandangan beliau yang kelihatan pro-UMNO/kerajaan tetapi kemudian dipuji melangit apabila Dr. Maza hadir di majlis-majlis Pas.

Jadi bila isu ulama nak sertai UMNO secara beramai-ramai, aku percaya ia adalah satu perang saraf yang dilontarkan oleh UMNO untuk membuatkan Pas kecut perut dan aku percaya jika itu alasannya, UMNO sememangnya sudah berjaya membuatkan Pas senak perut apatah lagi jika ulama-ulama berkenaan menyerahkan borang keahlian UMNO mereka esok.

Dan apabila ini berlaku bermakna amat jelas Pas kini semakin kehilangan sokongan golongan berpendidikan agama. Tapi Pas apa nak takut sebab selepas ini mereka akan menerima pula keahlian bukan Islam di dalamnya. Lagi pun Pas bukannya parti Islam lagi, Pas kini ialah "Parti Asalan Se-Malaysia".

Share this

2 Responses to "Ulama masuk UMNO... Apa masalah?"

  1. Mtb..alangkah bagusnya jika benar apa yang dikhabarkan ini. Sudah-sudahlan mengambil kontraktor sebagai Ketua Bahagian...Guru pun patut diterima dengan ramainya dalam UMNO sekarang..

    ReplyDelete
  2. tak semestinya nk masuk UMNO org bukan ulamak je kan,pakai serban,org alim.org pandai mengaji pun,org pakai tudung labuh puin leh masuk.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.