22 July 2010

Ahli UMNO 3.2 juta... Wow!

Ahli UMNO ada 3.2 juta orang dan mengekalkan parti itu sebagai parti Melayu terbesar di Malaysia. Ingat tu puak2 Pas. Jangan duk fikir UMNO sekarang perlukan tangki oksigen untuk mencari kemenangan pada pru-13 nanti. Tak perlu. Kalau semua 3.2 juta ahli UMNO keluar mengundi, UMNO bukan sahaja tidak perlukan Pas, malah UMNO juga tidak perlukan MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain untuk membentuk kerajaan pada PRU-13 nanti.

Tapi UMNO bukan macam tu. UMNO tidak tamak kuasa dan kuasa dibahagikan secara adil di antara parti-parti komponen dengan UMNO mendominasinya (sesuai sebagai parti terbesar). Berbeza dengan Pas yang berangan nak kuasa Putrajaya tetapi terpaksa mengharapkan ihsan pengundi-pengundi PKR dan DAP.

Malah kalau pakatan menang sekali pun Pas tidak boleh mendabik dada sebab Pas bukan parti dominan dalam pakatan. Yang mendominasi ialah DAP. Maka Pas tidak boleh menuntut kerusi PM dari pakatan memandangkan  jumlah kerusi yang lebih kecil berbanding DAP. Lalu kalau nak ikutkan kuota kerusi, maka orang yang layak jadi PM ialah dari DAP.

Jadi tak usahlah Pas duk kutuk UMNO konon perlukan bantuan oksigen dari Pas. UMNO boleh survive lagi sehingga beberapa penggal pilihan raya dengan jumlah ahli yang ada sekarang.

Tapi aku nak tanya UMNO daripada 3.2 juta tu berapa peratus daripadanya ahli-ahli muda (berusia 21 hingga 35 tahun) sebab golongan inilah penentu dan pewaris masa depan parti, kerajaan dan bangsa Melayu untuk terus meneruji negara.

Ini penting memandangkan kalau dilihat pada mata kasar, kebanyakan golongan usia seperti ini - pelajar IPT atau mereka yang baru lulus dari universiti - banyak yang memberi sokongan kepada Pas dan PKR. Sekurang-kurangnya dengan adanya fakta yang menunjukkan senario sebaliknya, maka bolehlah UMNO menarik nafas lega.

Kita tidak mahu nanti daripada 3.2 juta itu, sebahagian besar ahlinya adalah golongan warga emas yang menunggu masa untuk pergi, pergi tanpa meninggalkan sebarang waris yang akhirnya jumlah tersebut akan mengecil dan terus mengecil.

Soalan seterusnya, daripada 3.2 juta ahli itu berapa peratus daripadanya sudah mendaftar sebagai pengundi? Tidak guna kalau ahli berjuta tetapi mereka tidak layak memilih pada pilihan raya kerana tidak mendaftar. Maka calon UMNO susah nak menang sebab ahli-ahlinya sendiri tidak dapat mengundi.

Ini berbeza dengan DAP yang kini semakin rancak menggerakkan kaum Cina mendaftar sebagai pengundi. Tak kisahlah mereka ini ahli DAP ke tidak tetapi mereka menanam kesedaran kalau nak pastikan suatu hari nanti PM Malaysia dari kaum Cina, mereka kena ramai-ramai daftar mengundi dan pada PRU nanti ramai-ramai keluar membuang undi.

Apa pun UMNO tidak boleh berpuas hati dengan angka 3.2 juta sebaliknya mereka perlu lebih gigih berusaha mendaftar lebih ramai ahli terutama golongan muda dan pada masa yang sama daftarkan mereka juga sebagai pengundi. Itu yang penting!

Share this

5 Responses to "Ahli UMNO 3.2 juta... Wow!"

  1. salam,
    kalau ada banyak pun tak da makna juga kalau banyak yg meluat kat umno
    aku pun dulu penyokong kuat umno, tapi sejak sebelum pru12 pm sebelum ni aku dah meluat la ni pun aku rasa aku masih lagi meluat kat tengok umno ni...apa la....bye

    ReplyDelete
  2. Airman.. Ko meluat UMNO ke meluat kat org yg menerajui UMNO? Ada org marah UMNO sbb mereka tak dapat projek, tak boleh jadi ketua bahagian atau cawangan, atau tak dapat jadi PM. Tapi aku percaya setiap kemeluatan ko ada sebabnya dan aku percaya ia bukan sebab ko bencikan UMNO...!

    ReplyDelete
  3. Yelah en. MTB... la ni, PAS supporter da big headed sume..cm kite hard up sgt nk gabung dgn depa...sampi kua statement sanggup mlyu berpecah as long tak durhaka pd Allah..Haktuih la... yg PAS+DAP tu tak durhak+ durjana ke...Hangen sajeeeee....Melayu bodoh!!

    ReplyDelete
  4. banyak kan 3,200,000 orang. saya pun telah terjadi ahli umno di cawangan yang saya tak tahu entah kat mana ceruk pejabatnya. mintak maaf saya pelik. saya bukan ahli yang sejati sebab tak suka berebut-rebut. kurang syarat kelayakan. saya tak pandai makan kat hotel launch. kalau dapat makan lunch masak lemak ikan masin dengan ulam dan sambal belacan saya dah cukup bahagia. saya tak ada perdana berkilat-kilat tukar tiap-tiap tahun. saya tak gila nak di-datukkan melainkan bila dapat cucu. baju batik pun saya tak mampu beli. dah mahal sekarang.

    satu syarat lagi saya gagal; saya tak suka berangan.

    ReplyDelete
  5. tak boleh naik lagi ke sampai 4 juta..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.