14 July 2010

Apa beza isu pasir Dengkil dengan gondol hutan Bukit Cerakah?

Syok baca laporan media beberapa hari ini yang menyerang kerajaan Selangor habis-habisan berhubung kerja-kerja melombong pasir dekat Dengkil. Kerajaan Selangor kata ia sah dan dapat permit tapi media kata ia melampau sehingga menjejaskan alam sekitar.

Dalam bab pasir ini aku bukan nak membela mana-mana pihak tetapi sememangnya melombong pasir merupakan salah satu income segera yang boleh dikutip baik untuk kerajaan negeri atau mereka-mereka yang terlibat. Yelah, bisnes tak perlu modal apa pun. Cari kawasan lapang atau yang banyak pasir, lantik kontraktor, korek dan jual. Untung berlipat kali ganda dan siapa-siapa yang berkuasa boleh tarik komisyen darinya. Wow!

Selain pasir, tanah bukit dan kawasan hutan juga boleh dijual dengan mudah dan mendapat pulangan lumayan. Dan itulah yang berlaku di kawasan Bukit Cerakah suatu ketika dahulu. Siapa agaknya yang luluskan kerja-kerja menggondol hutan, bukit dan tanah di kawasan tersebut atas nama pembangunan? Hemm... (Baca komen Awang Selamat di sini...)

Di Kelantan pula isu pembalakan secara berlaluasa sehinggakan pokok baru nak kenal dunia pun dicantas dijadikan kayu balak untuk dijual dan dapat hasil segera. Jangan tanya bab-bab komisyen sebab pemimpin Pas "tak makan duit komisyen". Yang mereka ambil ialah sedekah yang diberikan oleh tauke-tauke balak.

Itu belum tengok keadaan tanah, hutan dan bukit-bukau yang gondol sana sini di negeri-negeri lain. Pergilah tengok kerja-kerja korek pasir kat Kota Tinggi nun. Ramai yang musyhkil kat mana pasir-pasir ni nak dihantar. Silap-silap daripada 100 lori, 50 lari hantar ke negara jiran.

Begitu juga dengan keadaan hutan dan bukit-bukau di negeri-negeri lain termasuk di Selangor sendiri, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu (yang aku nampaklah), habis gondol sana sini. Bila datang musim hujan, negara alami banjir besar sebabnya ekosistem dah tak betul. Itu semua dihalalkan atas nama pembangunan. Cisss...!!

Jadi bagi aku bab-bab menjarah tanah, hutan, bukit-bukau kat Malaysia ni sama sahaja. Baik kerajaan bawah BN, Pas atau PKR macam kat Selangor. Semuanya bernafsu serakah untuk isi tembolok sendiri. Ada peluang sapu. Maklum PRU-13 nanti silap-silap kalah dan tak de peluang lagi nak tambah kekayaan. Inilah peluangnya!

Share this

3 Responses to "Apa beza isu pasir Dengkil dengan gondol hutan Bukit Cerakah?"

  1. Salah... Itu bukan sebab politik tetapi sebab ketamakan manusia. Jangan halalkan perkara/cara semata2 atas nama politik. Hancur negara!

    ReplyDelete
  2. sambungan..

    Jika kerajaan negeri terdahulu dikatakan tidak cekap,kerajaan negeri sekarang lagi lah tidak cekap.

    Jika kerajaan negeri terdahulu dikatakan zalim,kerajaan negeri sekarang bertambah-tambah zalim.

    Jika kerajaan negeri terdahulu dikatakan bodoh,kerajaan negeri sekarang lagi lah bodoh dan bebal.

    Kerana apa? Kerana kerajaan negeri sekarang tidak pernah belajar kesilapan kerajaan negeri yang lalu. Dulu, ketika jadi pembangkang memang mudah. Kritik itu kritik ini. Seolah-olah mentadbir sumber negeri mudah.

    Tapi sekarang bila dah dapat mandat, lain pulak ceritanya. Ibarat meludah kahak ke langit, kena batang hidung sendiri.

    Sepatutnya, mereka dapat mentadbir dengan lebih baik kerana pengalaman lampau mengajar erti hidup dan cara mentadbir dengan betul.

    Inilah masalahnya bila dapat kerajaan negeri yang tidak pernah belajar! Bodoh sombong !

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.