15 July 2010

Boikot Sukan Olimpik London... Satu idea menarik!

Aku cukup tertarik dengan tulisan Mansor Puteh yang menggesa negara-negara Islam termasuk Malaysia memboikot Sukan Olimpik London 2012 sebagai balasan tindakan kuasa besar yang menekan dan bertindak kejam terhadap Palestin, Iraq, Iran dan beberapa negara Islam lain.

Betul katanya. Kalau Sukan Olimpik 1980 di Moscow kita boleh boikot (kalau tidak sudah pasti pasukan bola sepak Malaysia beraksi di sini) kerana perang dingin antara AS dan Rusia dan sebab pencerobohan Rusia di Afghanistan, kenapa kita tidak boleh boikot Sukan Olimpik London nanti sedangkan pada masa kini begitu ramai umat Islam  terutama di Palestin dan Iraq yang menderita kerana pengaruh AS dan Britain.

Kalau perlu kita juga patut boikot Sukan Komanwel yang dijangka dilangsungkan di New Delhi tahun ini. Bukan sebab kita bencikan India sebagai tuan rumah tetapi kerana sukan komanwel adalah sukan melibatkan negara-negara yang pernah dijajah oleh British. Ini sukan memperingati kekuasaan Empayar British sehingga mampu menjajah beratus-ratus negara suatu ketika dulu. Kini British masih menunjukkan kuasanya dengan bantuan AS dengan mengasak rakyat Palestin dan Iraq.

Baca tulisan Mansor Puteh di sini....

Share this

3 Responses to "Boikot Sukan Olimpik London... Satu idea menarik!"

  1. Ini satu idea yg menarik.
    Kita negara2 Islam kena tunjukkan kita adalah bersatu dlm menentang kezaliman dari negara2 Christian dan Yahudi.
    Tengok Mesir yg sudah membuka laluan daratnya utk bantuan sampai ke Palestin. Kenapa ya?
    Sebab ada panggilan dari orang2 Islam dunia utk memboikot pergi Haji tahun ini!

    ReplyDelete
  2. Persoalan, negara Islam mana yang sedia memboikot Olimpik London or Komanwel di New Delhi nanti? Bagaimana dengan Malaysia? Atau apakah Iraq dan Palestin juga akan boikot?

    ReplyDelete
  3. Good idea! Tambah panas bila Tun Dr Mahathir kena full body search bila sampai di lapangan terbang London baru baru ni. Tak hormat beliau sebagai pemimpin ternama.

    Apa kata boikot ini kita mulakan dengan blogger dulu

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.