03 July 2010

Brazil kalah sebab APCO, UMNO dan Najib?

Pasukan pilihan di Piala Dunia yang juga paling ramai penyokong di Malaysia, Brazil terpaksa berputih mata kerana gagal melangkah ke peringkat seterusnya selepas ditewaskan Belanda di peringkat suku akhir. Aku percaya ramai yang kecewa dan tidak boleh terima hakikat kekalahan team Samba ini sedangkan dia adalah pasukan "hebat" dan top-rangking FIFA.

Melihat kekalahan anak buah Dunga pada Piala Dunia 2010 ini teringat aku nasib seorang mamat yang berangan besar nak ke Putrajaya. Maklum ramai yang melihat dia seorang pemimpin yang hebat walaupun dah masuk penjara dan berdepan dengan kes-kes tidak bermoral, tetapi sehingga kini masih gagal menggapai cita-citanya, termasuk menerusi jalan belakang.

Dia, penyokong-penyokongnya dan juga pak-pak haji berserban dan berketayap yang bernaung di bawah bendera bulan pulak terus menyalahkan orang lain atas kegagalan mereka. Mereka salahkan UMNO, Najib dan sekarang ini boleh salahkan APCO. Apa lagi bila namanya semakin membusuk sehingga tidak boleh ditutup lagi.

Baginya jangan sesekali menuduh dia lemah, tidak hebat atau berbuat jahat sebab baginya dan pak-pak haji berserban sebesar tempayan itu, mamat ini adalah manusia paling hebat, sehebat permainan pasukan Brazil, bijak menggelecek, mengawal bola dan kalau boleh membuat serangan mengejut... Hebat! Sebaliknya yang buruk-buruk itu adalah di pihak lawannya.

Bagi mereka walaupun mamat ini dijatuhkan hukuman sebab meliwat sekalipun, dia tidak bersalah tetapi yang salah adalah UMNO, Najib dan APCO. Dan aku percaya kalau pasukan Brazil ini di bawah mamat ini, UMNO, APCO dan Najib juga akan disalahkan atas kekalahan mereka....

Huhu..!

Share this

0 Comment to "Brazil kalah sebab APCO, UMNO dan Najib?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.