03 July 2010

Genap 2 tahun beb!

Hari ini blog Mesin Taip Buruk sambut ulang tahun keduanya. Jangan risau, anda semua tak perlu sediakan hadiah sebab aku tidaklah berhasrat nak buat sebarang majlis untuk rai ulang tahun ini. Tidak, tidak perlu. Lagipun siapalah aku berbanding nama-nama besar lain dalam dunia ke-blog-an di negara ini.

Harapan agar aku terus diberi kudrat untuk meneruskan penulisan aku di sini sebagai tempat luahan buah fikiran, informasi, pandangan peribadi - tak kisah sama ada ada orang membacanya atau tidak, sama ada orang suka atau tidak sebab aku tidak boleh memaksa orang untuk membaca blog aku.

Bagaimanapun, terima kasih kepada kalian semua sebab terus memberikan sokongan kepada Mesin Taip Buruk!

Nah! Aku paste balik artikel pertama aku pada 3 Julai 2008!

Salam perkenalan

Dah lama aku simpan keinginan untuk ada satu blog, tempat aku meluahkan pandangan, perasaan dan harapan dalam banyak hal lebih-lebih lagi dalam situasi politik, ekonomi dan sosial pada masa kini. Tentunya banyak perkara yang boleh diungkai dari benak fikiran lelaki separuh baya seperti aku.
Mesin taip aku sudah lama tidak berketik dan komputer aku juga sudah lama tidak terusik. Mungkin ini kesempatan baik bagi aku untuk melontarkan pandangan peribadi. Sama ada bersetuju atau tidak tentang apa yang aku bicaranya terserah kepada kalian semua. Aku sangat mengalu-alukan komentar kalian.
Selamat datang ke blog "Mesin Taip Buruk"

Share this

1 Response to "Genap 2 tahun beb!"

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.