15 July 2010

Harga petrol naik (lagi)... Marahkah aku?

DIKEMAS KINI [8am - 16.07.2010]
Pukul 8 malam tadi, sahlah bahawa berlaku kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen bagi RON95 manakala RON97 mengikut harga pasaran. Kalau harga minyak naik di pasaran, naiklah dia. Kalau turun, turunlah dia. Turut alami kenaikan ialah harga LPG sebanyak 10 sen sekilogram serta gula sebanyak 25 sen sekilo.

Walaupun jelas ia adalah kenaikan harga pada 4 barangan tersebut tapi kerajaan kata ia adalah "penyelarasan subsidi". Jadi harga naik bukan kerana apa, kerana kerajaan kurangkan subsidi terhadap keempat-empat barangan tersebut. Katanya dengan penyelarasan ini kerajaan boleh jimat RM750 juta setahun.

Menaikkan harga barang (atau apa sahaja istilah yang dipakai) waima 1 sen sebenarnya perkara yang paling tidak digemari oleh rakyat. Ini kerana rakyat tahu kalau petrol, gas dan gula naik waima 1 sen, harga barang harian juga akan dinaikkan oleh peniaga lebih dari 1 sen. Mereka akan beri alasan harga minyak atau gula naik. Kita sebagai pembeli apa nak kata lagi?

Nak hantar tepung ke kedai, kena pakai lori. Nak pergi beli tepung kat kedai pun kena pakai kenderaan. Nak bakar roti canai kena pakai gas. Gula pun ada juga dimasukkan, walaupun sejemput. Jadi aku percaya peniaga roti canai punya alasan kukuh untuk naikkan roti canai sampai RM1.50. Kita sebagai pengguna apa nak buat? Perut nak kena isi jugak. Akhirnya yang tanggung derita ialah mereka yang berpendapatan kecil.

Sebenarnya rakyat tidak pernah peduli pun berapa banyak nak jimat. Kerajaan boleh potong bajet sana sini kalau nak berjimat. Tak payah buat bangunan sekolah, pejabat kerajaan, stadium atau bangunan Parlimen baru sekali pun. Sebab kalau tak buat pun rakyat tak marah sebab rakyat tahu kerajaan tak ada duit. Tapi jangan sesekali naikkan harga barang.

Satu lagi. Subsidi-subsidi petrol yang diberikan untuk rakyat Malaysia kini dinikmati juga oleh rakyat negara jiran. Apa kerajaan buat? Kenderaan dari Singapura dan Thailand berduyun-duyun masuk Malaysia isi minyak dan nikmati harga subsidi kerajaan untuk rakyatnya. Apa kerajaan buat? Apa kita buat?

Jangan mintak pengusaha stesen minyak tidak jual petrol kepada kenderaan negara jiran sebab itu tidak mungkin dilakukan sebabnya mereka isi petrol lebih banyak berbanding rakyat Malaysia sendiri. Di sekitar Johor Bahru, kenderaan berplat "S" akan isi sepenuh-penuhnya tangki minyak mereka sebelum menyeberangi tambak. Siapa untung, siapa rugi? Untung pengusaha minyaklah tapi yang rugi rakyat Malaysia kerana kena tanggung bebanan subsidi kerajaan.

Aku kadang-kadang pelik sebabnya kerajaan begitu berkira-kira untuk berikan subsidi kepada rakyat yang mengundi mereka selama ini tetapi mereka tidak pernah pula berkira-kira kalau nak bina bangunan Parlimen baru atau buat projek yang tidaklah begitu mendesak. Buat apa ada berpuluh bangunan mencakar langit, buat apa ada pembangunan sana sini kalau rakyatnya nak isi perut pun tak lepas.

Hemm...

POS ASAL:Khabar terbaru aku terima, harga petrol RON95 dinaikkan kepada 5 sen mulai tengah malam ini menjadikannya RM1.85 seliter manakala RON97 pula akan mengikut pasaran semasa. Selain petrol, turun bakal diumumkan ialah kenaikan harga gas masak (LPG) dan harga gula.

Share this

4 Responses to "Harga petrol naik (lagi)... Marahkah aku?"

  1. nampak gaya nya pm kita tak belajar dari pengalaman pak lah....kalau mcm ni...ada peluang DSAI...pru 13...lu pikir lah sendiri.....

    ReplyDelete
  2. DSAI jadi PM? Emmmpph... Sah-sah lagi teruk...

    ReplyDelete
  3. terok??saya xrsa mcm 2..DSAI dh pnah jadi menteri kewangan n apa yg jadi kat harga minyak masa 2?its remain constant(seragam n xberubah)..mungkin dia trlalu bijak sebab 2 suma orang dia xberguna..

    ReplyDelete
  4. Nodame... Harga minyak tak naik masa tu bukan sebab DSAI jadi Menteri Kewangan, tapi sebab PM-nya Dr. Mahathir Mohamad! Kalau ikut kehebatan DSAI, negara pun nak dilelong kat IMF.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.