22 July 2010

HOT...!!!! Bala pegang watak James Bond!

[Terjemahan songsang dari versi asal The Sun UK!]

LONDON: Penyiasat persendirian asal Malaysia, Balasubramaniam telah dipilih untuk memegang watak utama filem mata-mata gelap terkenal British, James Bond dalam sekual terbarunya yang masih belum diberi tajuk.
Menurut jurucakap EON Production, pemilihan Balasubramanian atau kini dikenali "James Bala" selepas namanya dicadangkan oleh seorang pemimpin pembangkang di Kuala Lumpur dan mendapat sokongan stesen-stesen televisyen CNN dan BBC.
Pengarah Marc Foster yang mengarahkan Quantum Of Solace berkata, pemilihan James Bala juga kerana "kehebatannya" yang dapat melarikan diri dengan mudah dari pihak berkuasa di Malaysia, iaitu salah satu kehebatan watak James Bond yang sering ditonjolkan iaitu menyelinap dan melarikan dari daripada pihak musuh.
"Ya, kita sudah ada pelakon utama yang akan memegang watak James Bond. Beliau mempunyai pengalaman sebagai penyiasat persendirian dan telah menunjukkan kemahirannya mengkucar-kacirkan pihak-pihak berkuasa di negaranya. Sekual terbaru James Bond juga diganti dengan nama JAMES BALA sesuai dengan nama pelakon ini.
"Jalan cerita James Bala ini akan tertumpu kepada usaha beliau untuk melindungi seorang Ejen CIA, R.Patrick daripada buruan musuh. Ejen ini dan James Bala pula akan bekerjasama untuk menyelamatkan seorang pemimpin sebuah negara yang sedang dibicarakan sebab salah laku seks. Pemimpin ini didukung oleh negara-negara Bersekutu untuk mengambil alih kerajaannya," kata Foster mengulas filem terbarunya itu.
Beliau berkata, filem JAMES BALA 007 itu akan memulakan pengambaran dengan segera memandangkan pihak-pihak di Hollywood, Bollywood, Plywood dan wood-wood yang lain tidak sabar untuk menayangkan filem ini di seluruh dunia.
Ketika ditanya oleh seorang wartawan, mengenai pelakon wanita yang akan mendampingi James Bala, Foster hanya berkata, "nanti kita lihat... harap bersabar!" tetapi percaya filem ini akan BOOM! di pasaran gelap. - The Sun UK
Pssst...!! MTB dapat maklumat Elizabeth Wong bakal ditawarkan menjadi gadis Bond berdamping dengan Bala selepas penerbit dan pengarah filem ini melihat "aksi beraninya" melalui gambar yang diterima dari seorang yang tidak dikenali. Sumber juga beritahu aku, Foster tertarik dengan .......tuttttt!! Eli yang katanya berbeza sekali berbanding gadis-gadis Bond sebelum ini.

Share this

4 Responses to "HOT...!!!! Bala pegang watak James Bond!"

  1. Ya lah hero dia pun gelap...

    Jadi mata2 gelap...

    Tayangan pun dekat pasaran gelap...

    Tapi panggung wayang pun gelap...

    ReplyDelete
  2. Salam Bro

    Ahmad Mazlan cakap " kalau ada yang meluat dengan UMNO memanglah dia pembangkang " Link : http://umno-online.com/?p=15340&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kalau-ada-meluat-umno-itu-memang-penyokong-pembangkang-%25e2%2580%2593-ahmad-maslan.

    Saya menjadi ahli UMNo sebaik sahaja UMNO lama di haramkan. Surat keahlian saya di tandatangani oleh Tun Dr M. Bapak serta tok nenek saya orang UMNO.

    Memang sial orang macam Mazlan ni, pengampu besar, beri penerangan yang salah kepada PM.

    Saya yakin UMNo kalau rosak bukan dari bawah tetapi oleh mereka yang diatasnya. Kalau ada saham kerosakan UMNO yang akan datang, Mazlan lah pemegang terbesarnya!.

    ReplyDelete
  3. Untuk menjadinya lebih commercial, filem akan didbuat dalam hitam putih.

    ReplyDelete
  4. CodeName: Jangan sebab si Mat Mazlan ko bakar kelambu bro. Jangan... UMNO bertahan atas perjuangannya bukan krn pemimpinnya. Pemimpin boleh berganti tetapi semangat & perjuangan UMNO tetap sama..!

    Kluangman: Dalam warna pun tak apa sbb heronya mmg dah hitam. Buat hitam putih nnt langsung tak nampak heronya!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.