21 July 2010

Kisah kopi luwak dan pemimpin tahi musang!

Di Indonesia sejak beberapa hari lalu heboh perihal untuk menentukan sama ada  "kopi luwak" atau kopi tahi musang halal diminum atau sebaliknya. Hari ini Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah putuskan kopi luwak halal sebab dia bukan najis tetapi hanya mutanajis.

Apa kopi luwak tu? Kopi luwak sebenarnya ialah kopi yang dimakan oleh musang atau luwak yang kemudian hasil tahi musang bercampur dengan biji kopi tersebut dibersihkan dan diproses menjadi kopi untuk minuman. Jangan merasa pelik sebab sebenarnya banyak perkara pelik yang ada kat negara jiran tu.

Khabarnya kopi luwak sangat mahal dan boleh mencecah sehingga $100 - $350 sekilo. Kat US harganya dijual sehingga $190 / 500gram.

Dan seorang pemimpin ni yang boleh aku anggap macam kopi luwak sebab ia adalah pemimpin buangan sisa pepejal (scrap) yang penuh dengan tahi, kemudian dicuci dan dibersihkan kemudian diangkat menjadi pemimpin.

Pemimpin ni bolehlah kita panggil dia pemimpin tahi musang. Lagi pun selain rupa macam musang dan sering juga bersikap musang berbulu ayam dan musang berjanggut. Aku ingat elok juga pemimpin ini dirujuk kepada MUI untuk tentukan dia ni halal ke haram...!!

Ahaks...

p/s: Agaknya pemimpin ni selalu pekena kopi luwak kat US nun, itu pasal jadi lagu tu...!!

Share this

0 Comment to "Kisah kopi luwak dan pemimpin tahi musang!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.