18 July 2010

Lega... (Pasca penyelarasan subsidi)

Lega I:
Warung depan pejabat aku mengesahkan akan mengekalkan harga makanan dan minuman walaupun petrol, gula dan gas masak naik harga. Tadi, selepas pekena kopi jantan dan roti bakar, bila aku nak bayar aku tanya harga sama ke? Segera dia jawab "Sama je. Tak naik..!"

Lega aku mendengarnya.

Lega II:
Persatuan pengusaha restoran makanan muslim (kedai mamak la ni) telah membuat keputusan untuk mengekalkan harga makanan dan minuman walaupun berlaku kenaikan harga petrol, gas masak dan gula. Tetapi mereka tidak pasti sampai bila mereka akan pertahankan harga sekarang.

Hemm... Legalah juga!

Lega III:
Kerajaan akan kuatkuasakan larangan kenderaan asing dari negara jiran untuk membeli petrol RON95 terutama di sempadan negara. RON95 dijual pada harga RM1.85 sekarang selepas "penyelarasan subsidi". Tetapi mereka boleh beli RON97 yang harganya ikut pasaran semasa.

Lega sedikit. Sekurang-kurang warga negara jiran tak lagi menikmati harga subsidi kerajaan Malaysia yang selama ini nak tolong rakyat. Legalah juga walaupun aku tak berapa yakin sebab takut pula larangan ini ditarik balik di saat akhir atau selepas menteri jaga hal ehwal pengguna ini berganti. Sebab itulah selalunya berlaku kat Malaysia ni.

Share this

3 Responses to "Lega... (Pasca penyelarasan subsidi)"

  1. Aku sokong gak apa yang kau tulis tu MyLongest Yard. Kenapa ek nak tunggu 1 Ogos. Tapi aku takut bila tiba harinya, alih-alih pak menteri cakap "larangan jualan RON97 kepada kenderaan asing ditangguh..." Acap kali ayat seperti ini kedengaran bila kerajaan nak buat satu2 dasar. Inilah Malaysia!!

    ReplyDelete
  2. Harap-harap jangan lah tangguh. Nanti diketawakan rakyat. Akibatnya, hilang terus kredibiliti seorang pak menteri.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.