09 July 2010

Melayu Pulau Pinang bayar mahal untuk tukar kerajaan

Nampaknya orang Melayu di Pulau Pinang membuat bayaran yang amat mahal menukarkan kerajaan dari BN kepada DAP/PKR/Pas. Sejak memberi kuasa kepada pembangkang yang diketuai oleh DAP pada PRU-12 lalu, orang Melayu di Pulau Pinang bukan sahaja kehilangan "kuasa" tetapi kini sedikit demi sedikit kehilangan tanah mereka.

Begitulah senario yang berlaku di Pulau Pinang dan nasib yang dialami oleh orang Melayu di negeri itu yang menukarkan kertas undi mereka terhadap Pas, DAP dan PKR kepada tanah air tempat mereka diami selama ini. Malang... amat malang sememangnya tetapi mereka tidak boleh berteriak menyalahkan orang lain, melainkan diri sendiri.

Aku yakin dan percaya ada di kalangan orang Melayu Pulau Pinang yang kehilangan tanah dan rumah kediaman kerana "dirampas" oleh kerajaan negeri itu telah memberikan undi kepada pembangkang. Kalau tidak masakan mereka boleh menguasai kerajaan pada PRU-12 lalu. Dan aku percaya kejayaan mereka juga kerana pecah-belah yang berlaku di kalangan orang Melayu di negeri itu sendiri.

Bayangkan selama ini pun Melayu Pulau Pinang sudah terpinggir terutama mereka yang berada di pulau dan kini nasib mereka semakin parah. Kerajaan negeri mula berlagak macam Belanda minta tanah dengan mengambil tanah-tanah didiami orang Melayu sedikit demi sedikit atas nama pembangunan. Tanah-tanah itu bakal didirikan rumah-rumah dan kondo mewah yang tak terjangkau oleh orang Melayu untuk memilikinya. Lantas siapa yang mendiaminya? Sudah pasti mereka yang dari kaum Cina yang selama ini "setia" memberikan sokongan kepada DAP.

Begitulah ringkasnya nasib Melayu di Pulau Pinang dan mereka tidak boleh salahkan kerajaan negeri yang diketuai DAP melainkan menyalahkan diri sendiri kerana memberikan undi mereka kepada tangan yang salah untuk mentadbir negeri itu. Apa yang boleh dilakukan lagi melainkan angkat kaki dan meninggalkan tanah tumpah darah mereka...

Kesihan cukup kesihan... Tapi itulah yang dimahukan oleh sebahagian Melayu dalam Pas, PKR dan beberapa kerat dalam DAP.

Share this

3 Responses to "Melayu Pulau Pinang bayar mahal untuk tukar kerajaan"

  1. Errr.......wahai rakan2ku yang sebangsa...aku tak kisah korang PKR atau Pas....kalau BN punya Projek..bukan main menyalak Bukit...ni kalau geng PKR buat projek..korang senyap je....tunjukkan la yang korang tu menegakkan keadilan..nah,sekarang la masanye...bantu la bangsa melayu kat pulau pinang tu........ada berani ka bikin demonstrasi jalanan depan guan eng tu??...cuba la sekali...baru la adil.........

    ReplyDelete
  2. Masa Kg Buah Pala nak diambil alih, org India bermati-matian mempertahankannya... Tpi bila Kg Asam Jawa nak diambil alih, tidak ada org Melayu yang tampil mempertahankannya... Kenapa? Inilah bukti Melayu lemah... selemah lemahnya!!

    ReplyDelete
  3. cuba check balik tarikh bila tanah diserah kepada pemaju...

    muka tu yang serah tanah pada pemaju.. lepas tu pemaju nak bangunkan tanah, muka tu juga rancang nak buat demo.. sampai masa, batang hidung pun tak nampak..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.