05 July 2010

Penduduk China 1.39 bilion? Wow!!

Bernama hari ini melaporkan penduduk China boleh mencapai 1.39 bilion menjelang akhir 2015 dengan 700 juta daripadanya tinggal di bandar. Wow! Ramainya... Bayangkan 25 juta rakyat Malaysia pun susah nak kawal. Macam-macam isu timbul yang boleh memeningkan mana-mana parti politik yang jadi kerajaan nak urus dan tadbir negara serta memenuhi kehendak semua pihak, inikan pula berbilion!!

Tapi aku duk fikir, kalau dah rakyat sampai 1.39 bilion, aku ingat kalau angkut bawak Malaysia dalam 1 juta orang dan jadikan mereka rakyat Malaysia dan memaksa mereka mendaftar sebagai pengundi, bagus jugak. Aku percaya kalau ada mana-mana parti politik boleh buat macam tu, dalam sekelip mata saja kerajaan Malaysia boleh bertukar tangan.

Yelah, kalau dah 1 juta pengundi migran dari tanah besar di bawa ke sini dan dibenarkan tinggal di mana-mana kawasan bandar utama yang berpotensi, membenarkan mereka bekerja apa sahaja sektor termasuk sektor rumah urut, pelacuran, perjudian, penternakan babi, perladangan ayam, ikan keli, atau waima jadikan mereka pekerja kilang, sudah pastilah peluang untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan "bermata sipit" lebih cerah.

Wah... untunglah mana-mana parti yang boleh bawa mereka beramai-ramai ke sini. Al maklum nak bawak mereka ke sini sebetulnya bukan susah sangat pun. Angkut dalam Air Asia, sampai airport berikan mereka visa mendarat kemudian suruh mereka menyorok kat mana-mana termasuk kat pub, spa atau rumah urut. Dah agak-agak "selamat" boleh keluar berduyun. Apa susah, Malaysia Boleh! Semua boleh buat apa...

Tapi yang jelas UMNO dan Pas susahlah nak buat macam tu sebab mereka tak kan nak kena masuk "Melayu" dan tukar nama mereka pulak. Kalau jadi ahli UMNO atau Pas, mereka senang dikesan. Lainlah kalau jadi ahli DAP, pasti selamat dan mudah, kan?

Apa kata Kit Siang, Guan Eng atau Karpal Singh cepat-cepat buat promosi cari keahlian kat sana. Manalah tau dalam 1,39 bilion tu, dapat sejuta dua juta ahli pun dah "untung" dah. Apa macam idea aku, ada brilliant tak?

Share this

2 Responses to "Penduduk China 1.39 bilion? Wow!!"

  1. jom lawat blog ikan keli...1001 cerita ttg ikan keli...

    ReplyDelete
  2. Memang betul. Bagi saya ini bukan fantasi tapi dah jadi realiti. Yela dengan VOA memudahkan lagi proses penyelinapan.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.