26 July 2010

Perkasa, Dong Zong, Hindraf... Apa bezanya?

Sekarang ini ramai orang bukan Melayu marahkan Perkasa kerana begitu lantang memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu sehinggakan ada suara-suara cadangkan tubuhkan Perkasa Cina. Aku gelak... Kalau ada Perkasa Cina, lepas tu ada pula cadang tubuh Perkasa India, Perkasa Kadazan-Dusun, Perkasa Jawa, Perkasa Bugis, Perkasa Kelantan dan macam-macam perkasa lagi.

Aku nak tanya apa salahnya Perkasa? Perkasa hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beradaftar. Kalau dia nak perjuangkan hak dan kepentingan Melayu apa masalahnya? Mereka bukannya ada hubungan dengan  kerajaan atau mana-mana parti. Mereka hanya NGO. Pemimpinnya pula Ahli Parlimen Bebas. Jadi, apa masalah?

Lagipun Perkasa giat bangun dan bangkit sebagai wadah suara Melayu kerana mereka melihat UMNO telah gagal membawa suara orang Melayu, terutama Pemuda UMNO. Mereka lihat UMNO kini menikus dan ibarat kura-kura yang menyorok kepalanya di dalam tempurung bila ada puak2 bukan Melayu mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Cuma yang aku peliknya kini UMNO dan Pemuda UMNO seolah-olah menumpang Perkasa. Mereka mengambil kesempatan dengan menyertai program-program Perkasa dan tidak kurang juga ramai kalangan pemimpin UMNO yang lepas tangan dalam soal kepentingan Melayu dengan alasan, kita dah ada Perkasa.

Nah, akibat daripada itu kawan-kawan dari MCA, Gerakan dan MIC melihat Perkasa membawa nama UMNO, membawa suara UMNO dan akhirnya UMNO yang dituduh sebagai pendukung Perkasa. Akhirnya tercetuslah rasa tidak senang hati di kalangan mereka ini. Pun begitu aku masih bertanya, apa salahnya Perkasa andai benar ramai kalangan UMNO yang turut sama menganggotai Perkasa?

Perlu diingat kaum Cina dan India juga mempunyai NGO yang memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Cina dengan Dong Zongnya manakala India dengan Hindraf dan beratus-ratus pertubuhan lain sama ada berdaftar atau sebaliknya - yang ditubuhkan semata-mata nak perjuangkan kepentingan kaum mereka.

Siapa di belakang Dong Zong dan siapa pula di belakang Hindraf? Kalau tidak mendukung parti-parti politik yang mewakili kaum mereka sekurang-kurang bersimpati terhadap pertubuhan2 ini. Jadi apa bezanya Dong Zong dan Hindraf dengan Perkasa?

Jadi kepada kaum Cina dan India, tak usahlah nak begitu cemburu dengan Perkasa sedangkan hakikatnya mereka juga sudah lama mempunyai pertubuhan seperti ini yang selamanya secara diam-diam membawa obor perjuangan kaum masing-masing.

Share this

5 Responses to "Perkasa, Dong Zong, Hindraf... Apa bezanya?"

  1. 'Pendatang' yang memutarbelitkan isu-isu, terutamanya mengenai 'konsep ketuanan Melayu' melakukan penipuan besar secara berulang-ulang sehingga ada Melayu tidak jati diri terhoyong hayang. Pemimpin Melayu pula lebih banyak menikus dan bersikap apologetik daripada berusaha menangkis serangan liar ini.

    Holocaust pun nampaknya lebihkurang sama juga.

    ReplyDelete
  2. hah bagi lagi le apa dia orang tuntut. tiap-tiap kali mintak, kerajaan bagi. itu aje lah kerja kerajaan malaysia ni.

    time tun razak dulu ada macam ni ke ?
    tun ismail berbunyi, semua diam. ghazali shafie berbunyi, semua diam. mana dia melayu-melayu gagah ni zaman sekarang ? gila kumpul harta ? dah tak pedulikan bangsa. sampai budak hingus boleh jadi amat berkuasa ! kita biarkan..

    bersedia untuk jadi porak-peranda lah kita !

    ReplyDelete
  3. salam,
    jangan samakan perkasa dgn hindraf atau pun dong zong sbb utamanya ialah kerana perkasa memperjuangkan perkara perlembagaan pasal, aku tak tau la... 153? betul kut, aku bukan orang politik mana nak tau tapi yg pastinya berdasarkan hak istimewa orang melayu ugama islam dan raja2 melayu. jgn sama sekali bandingkan, kalau nak samakan parti2 politik dari bn pkr atau pas aku tak peduli itu kau punya pasal, ok bye..

    ReplyDelete
  4. airman, aku samakan Perkasa, Dong Zong & Hindraf dr segi pembelaan terhadap kaum masing-masing. Dong Zong utk kaum Cina, Hindraf utk kaum India dan Perkasa utk Melayu & Hak2 Istimewa org Melayu spt termaktub dlm Perlembagaan.
    Mesej aku sebenarnya kpd kaum Cina & India agar jgn tuduh Perkasa sebagai perkauman sbb Dong Zong & Hindraf pun adalah pertubuhan berasaskan perkauman.

    ReplyDelete
  5. salam mesin taip buruk,
    maaf krana tulisn aku tu agak kasar tapi sebenarnya aku juga nak smpaikan maksud aku kpd sesiapa yg baca tulisan saudara, aku bukan pun ahli perkasa tapi sekadar menyokong orang2 yg jngin membela kpentingan orang melayu yg brdasarkan perlembagaan dan tidak menafikan hak2 orang lain, ini kerana umno sudah dilihat gagal mmpertahan kepentingan melayu - DILIHAT- bye

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.