28 July 2010

Selamat berpolitik Cikgu!

Cikgu-cikgu yang selama ini gatal mulut, gatal tangan dan kaki dan gatal segalanya untuk melibatkan aktif dalam politik kepartian ataupun secara proaktif dalam kempen-kempen pilihan raya kini bolehlah berbuat demikian kerana cikgu-cikgu kini secara rasminya DIBENARKAN berpolitik.

Aku cakap secara rasmi sebab selama inipun sebenarnya cikgu-cikgu ini pun duk berpolitik juga malah ikut sama berkempen untuk parti yang mereka dukung. Kalau tak dapat berkempen kat depan publik, di pentas politik, paling-paling mereka duk berkempen depan anak-anak murid mereka, tak kiralah anak muridnya itu budak-budak darjah 2 dan belum akhir baligh sekalipun, asalkan boleh lepas gian mereka.

Aku memang setuju sangat pemberian lesen ini kepada cikgu-cikgu kita sebab macam aku kata, mereka selama ini pun aktif berpolitik cuma tidak boleh memegang jawatan di peringkat cawangan atau bahagian atau terlibat dalam kempen-kempen pilihan raya.

Cuma aku harap cikgu-cikgu yang nak ceburi politik secara aktif ni, tak kiralah mana-mana parti mana sekalipun, berpolitiklah  secara matang, jujur, ikhlas dan menggunakan kebijaksanaan yang diberikan. Jangan berpolitik macam mereka budak-budak lepasan PMR.

Sebab aku percaya kalau kita berpolitik dengan menggunakan akal fikiran serta kematangan maka politik menjadi sangat indah dan menarik. Tetapi kalau berpolitik dengan mengikut perasaan, nafsu, sembrono, aku percaya politik itu bukan sahaja membinasakan dirinya malahan agama, bangsa dan negara.

MTB: Ingat pepatah "cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari"...

Share this

8 Responses to "Selamat berpolitik Cikgu!"

  1. Lesen dah diberi. Berpolitiklah kamu. Jangan sampai tugas terabai sudah ler. nanti terlalu kuat berpolitik, pelajaran budak-budak jadi mangsa.

    ReplyDelete
  2. salam,

    tuan, selama ni cikgu berpolitik, ok jer, tak ganggu kelas pun. aku ada kenal sorang cikgu dulu ( org umno la ni),ni cerita masa pemilihan ketua bahagian dan dia ni kira tukang introduce bakal ketua bahagian yang baru nak bertanding. keluar waktu kerja, tapi dengan izin bos dia, tapi dia boleh bayar RM kepada cikgu lain yang relief kelas dia. so, tak dak la orang bising.
    aku kenal seorang lagi cikgu (orang PAS plak nih), kat sekolah ok, tak dak problem, tapi oleh kerana kuat PAS, hehehe kena tukar la beb... kira ke ulu jugaklah, walau pun bukan sarawak.
    Kesimpulannya ialah, awak bagus mengajar ke tidak, asal awak sokong UMNO, tak dak masalah bab pelepasan.
    Kesimpulannya lagi ialah, kebenaran berpolitik adalah untuk guru-guru yang menyokong UMNO sahaja.
    Kesimpulannya lagi, kalau ramai guru masuk UMNO, maka kepimpinan UMNO di kalangan guru akan bertambah, moga-moga rasuah tidak berlaku kerana guru tak dak duit nak rasuah.
    Kesimpulannya lagi, kalau guru masuk politik kerana kebendaan maka, berehnti-berhentilah jadi guru.. jadilah kontraktor...

    salam.......

    ReplyDelete
  3. Memang betul, sebelum ni pun cikgu2 dah berpolitik secara nyata tanpa nyorok2. Buktinya tiap kali UMNO mengadakan ceramah, maka akan diangkut cikgu2 beserta murid2 sekali untuk memenuhi kerusi2 kosong. Lebih malang lagi sekolah dijadikan pusat ceramah UMNO, mesyuarat UMNO pun ada yang dibuat di sekolah.

    ReplyDelete
  4. Cikgu UMNO hanya berpolitik di luar pagar sekolah, luar kelas. Tak menghasut murid2 utk benci org lain. Cikgu Pas duk hasut budak2 sekolah yg baru kenal ABC konon pemimpin ni zalim, pemimpin itu kejam. Ada juga yg sanggup tukar soalan periksa semata2 nak suruh budak2 tu benci kerajaan BN/UMNO. Dah kenal tukar pergi pedalaman tau pulak kata kerajaan zalim. Dah tau kerajaan zalim, nak pulak kerja dgn kerajaan ni???

    ReplyDelete
  5. skrg BN memerintah maka sbg guru kena patuh pada kerajaan yg memerintah..sekiranya PR plak yg memerintah, maka patuh la pada kerajaan tersebut.

    bagi saya, politik utk guru ini mungkin tidak releven.sb guru pada zaman dahulu tiada bebanan keja seperti skrg yg memerlukan komitment yang tinggi pada tugas.biarla di katakan guru hanya kerja separuh hari, tetapi tiap2 masa memikirkan masalah anak murid.

    ReplyDelete
  6. Betul tu Kamal. Guru mcm pegawai/kakitangan kerajaan lain. Mereka perlu patuh kpd kerajaan yg memerintah sbb kerajaan itulah majikannya.
    Oh.. Bukan satu paksaan utk guru berpolitik. Kalau dia tak nak terlibat politik lagi bagus, tapi kalau nak sangat berpolitik gasak... jgn sampai nanti kerja hakiki ditinggalkan sbb politik. Itu jam majikan boleh ambil tindakan laa plak... !!

    ReplyDelete
  7. sebenarnyakan lesen ni banyak tak baik dari baik. tapi saya nampak memang ada muslihat ni; tak payah le saya sebut. saya ingat banyak rakyat malaysia pun nampak apa muslihat ni. mari le kita sama-sama memohon supaya muslihat ni membawa berkat dan bukan bawa musibah.

    satu perkara, kalau dibenarkan berpoltik cikgu-cikgi biar le berpolitik bersungguh-sungguh untuk kebaikan masyarakat macam cikgu dulu-dulu. contohnya arwah cikgu ghafar. contoh kurang senonoh cikgu muhammad. kalau berpolitik umtuk mengejar pangkat dan harta aje, baik cancel lesen ni cepat-cepat.

    jangan dibiarkan cikgu berpolitik dalam kelas. cikgu isa yang saya ingat tak pernah buat macam tu. jadi macam tan sri menteri cakap kena ada kebenaran ksu dan kena pantau jugak prestasi perguruan mereka ni. jangan tak buat ni. bahaya.

    anak-anak kita hari ni semakin kurang (cetek) berilmu walaupun di sumbatkan macam-macam kedalam sukatan pelajaran semasa. nak disilapkan mak-bapak aje tak boleh jugak sebab bukan semua mak-bapak pandai mengajar anak. kita pun nampak. jadi mak-bapak serahkan tanggungjawab ni kepada cikgu. cikgu ni jugak kena le sedikit- sebanyak berperanan sebagai PENDIDIK jugak. ini mustahak dan menjamin kesejahteraan.

    kepada cikgu-cikgi, ajarkanlah kepada anak-anak kita politik perpaduan. banyak kebaikannya kepada negara kita.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.