Siapa kata bergelar "Tun" tak boleh didakwa?

Seingat aku suatu masa dulu ada seorang kawan aku memberitahu aku bahawa seseorang yang telah menerima gelaran Tun, iaitu gelaran tertinggi yang dianugerahkan oleh Yang Dipertuan Agong kepada mereka yang berjasa kepada negara, maka orang tersebut tidak boleh didakwa di mahkamah jika mereka melakukan kesalahan termasuk jenayah.

Aku lupa bila aku dengar perkara itu. Rasanya lama dah dan pada masa itu sehinggalah hari ini, aku mempercayai kata-kata kawan aku itu. Agaknya betullah kata-kata kawan aku itu. Sebab itulah sehingga kini tiada seorang pun bergelar Tun dibawa ke mahkamah walaupun aku dengar ada usaha nak seret Tun Musa Hitam kerana kes Memali suatu ketika dahulu.

Tetapi hari ini pendapat kawan aku itu dinafikan dengan pendakwaan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik ke mahkamah atas pertuduhan menipu kerajaan Malaysia bernilai berbilion ringgit (wow!!) berkaitan dengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), skandal yang dikatakan menjadi penyebab kejatuhan bekas Presiden MCA, DS Ong Tee Keat (orang katalah!).

Tahniah aku ucap kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (kementerian amaran?), SPRM, Peguam Negara dan mereka yang terlibat sehingga membawa bekas Presiden MCA ini ke muka pengadilan. Siapa kata bergelar Tun tak boleh didakwa? Siapa kata badan kehakiman negara korup, tidak telus, tidak adil?

Nyata badan kehakiman Malaysia tidak memilih siapa orangnya untuk didakwa. Baik Anwar Ibrahim atau Tun Ling Liong Sik sekalipun, mereka yang didakwa melakukan kesalahan harus diseret ke muka pengadilan. Argh... puak2 pro-Anwar dan Pas tak akan mengaku punya. Nanti ada sahaja tohmahan yang akan dilemparkan terhadap kerajaan.

Hukum salah, tak hukum lagilah salah... Camna tu?
Siapa kata bergelar "Tun" tak boleh didakwa? Siapa kata bergelar "Tun" tak boleh didakwa? Reviewed by mesin taip buruk on 7/29/2010 10:50:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.