20 July 2010

Syabas Khalid kerana tutup IKYS!

Aku nak ucapkan syabas dan tahniah kepada MB Selangor kerana menutup Intistut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) atas alasan tidak menguntungkan. Bagus Khalid... bagus! Aku percaya keputusan itu dibuat dengan mengambil kira bahawa IKYS telah banyak melahirkan anak-anak muda Melayu berkemahiran. Jadi ia patut ditutup segera sebelum ia menjadi ancaman.

Kita tahu pelatih IKYS adalah 100 peratus Melayu. Orang Cina tidak masuk IKYS sebab  mereka walaupun sekolah takat SPM mereka boleh teruskan belajar urus perniagaan bapa atau keluarga mereka. Paling-paling haprak jual CD haram atau CD lucah. Tak pun urus rumah urut, jadi bapa ayam kat Bukit Bintang. Pergh... banyak peluang terhidang buat mereka.

Orang India pun sama. Mereka tak minat nak masuk kursus-kursus asas macam kat IKYS ni. Sebab mereka boleh urus macam-macam bisnes. Mereka boleh buka tempat cuci kereta kat mana-mana mereka suka atau paling koman boleh jual barang lusuh, tin-tin kosong atau besi-besi terpakai. Atau paling tidak jual bunga malai sebelah kuil-kuil mereka yang bersepah termasuk di taman2 perumahan majoriti Melayu. Apa susah.

Jadi yang nak belajar kat IKYS ni cuma budak-budak Melayu. Jadi tidak adillah kalau nanti pemuda Melayu sahaja berkemahiran tinggi. Jadi elok sangatlah IKYS ni ditutup. Lepas ni tak ada lagi tempat anak muda Melayu nak belajar kemahiran, maka mereka bolehlah pilih untuk kerja dengan tauke-tauke Cina atau India yang aku sebutkan di atas.

Syabas, Khalid... syabas juga kepada penasihat ekonomi bergaji RM1 tu sebab membuat keputusan yang cukup bijak. Dengan ditutupnya IKYS, maka Yayasan Selangor kini mencatatkan keuntungan berlipat kali ganda. Malah jauh lebih untung berbanding di bawah kerajaan BN dahulu. Bravo Khalid! Kau memang terer bab bisnes ini.

Aku nak nasihatkan Khalid lepas tutup IKYS ni, tolong tutupkan juga sekolah-sekolah agama di bawah JAIS. Sebab sekolah-sekolah ini bukan sahaja tidak menguntungkan malah menyebabkan kerugian yang besar kepada JAIS kerana terpaksa menampung perbelanjaan besar menguruskan beratus-ratus sekolah agama di seluruh Selangor. Tutup saja... bro!

Amacam idea aku, bernas tak?

Share this

3 Responses to "Syabas Khalid kerana tutup IKYS!"

  1. gile bernas idea lu bro..lu lebih layak jadi MB Selangor ganti si Khalid Berahim tu..keh keh keh

    ReplyDelete
  2. mcm la uitm xdak..racist betul..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.