19 July 2010

Tun Mahathir di mata rakyat Kemboja

Seorang rakan yang baru balik dari Phnom Penh kerana menghadiri satu persidangan memaklumkan kepada aku bahawa rakyat Kemboja begitu menghormati Malaysia terutama bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dia bercerita kalau nama Tun Mahathir meniti dibibir setiap umat Islam di Kemboja kerana kata mereka Mahathirlah yang menjadikan Kemboja sekarang amat damai dan berkembang maju.

Aku bertanya bagaimana boleh jadi macam tu? Lalu rakan aku bercerita bahawa ketika Tun Mahathir menjadi PM Malaysia dahulu, beliau telah memainkan peranan mendamaikan rakyat Khmer Rough dan Melayu Champa sehinggakan orang Melayu Champa (Kemboja) yang beragama Islam kini boleh  hidup bebas di negara mereka tanpa ada tekanan dan sekatan. Malah katanya, ada rakyat Kemboja memberitahunya sebahagian besar pengawal keselamatan PM Kemboja yang beratus-ratus orang itu sekarang adalah orang Melayu Champa. Tapi mereka tidak pula menyebut apa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir di sana sehingga sesama mereka boleh hidup berumpun.

Katanya ini berbeza lebih hampir 10 tahun lalu apabila orang Melayu Kemboja sering ditindas, dihina dan tidak kurang dibunuh oleh penduduk Khmer yang beragama Buddha. Dan atas budi bicara Tun Mahathir jugalah yang membenarkan rakyat Kemboja beragama Islam datang dan tinggal di Malaysia sebagai pelarian perang pada masa itu.  Kini orang Kemboja bebas hidup dan menjalankan perniagaan di Malaysia sehinggakan ada di kalangan mereka sudah bergelar hartawan, kalau tidak jutawan sekalipun.

Lalu teringat  satu laporan akhbar yang melaporkan tentang seorang pemimpin Kyrgyzstan yang telah memohon bantuan Tun Mahathir untuk "menyelesaikan" pergaduhan etnik di negara itu yang mengorbankan beratus-ratus nyawa baru-baru ini. Baca di sini!

Di Malaysia, nama Tun Mahathir seolah-olah dilupakan terutama ketika semua orang bercakap mengenai "perdamaian" antara UMNO dan Pas. Memang Tun Mahathir pernah dibenci dan dihina oleh pemimpin dan penyokong Pas (mungkin sehingga hari ini). Malah Tun juga tidak disenangi oleh beberapa pemimpin dan penyokong UMNO sekarang. Jangan tanya aku kenapa sebab aku sendiri tidak tahu kenapa Tun  Mahathir begitu dibenci oleh rakyat negara sendiri.

Namun di sebalik kebencian mereka terhadap beliau, jasa Tun Mahathir di mata pemimpin dan rakyat di negara lain amat disanjung tinggi malah khidmat dan jasanya masih diperlukan ketika beliau kini sudah bersara. Namanya disanjung di Bosnia, Kemboja, Kygyzstan dan lain-lain negara walaupun di negara sendiri ia dilihat seorang tua yang nyanyuk dan tidak berguna.

Share this

8 Responses to "Tun Mahathir di mata rakyat Kemboja"

  1. Di hati dan di mata musuh, mereka gerun dan rasa dhebat dengan Tun Dr Mahathir tetapi di mulut mereka, terpaksalah memburukkan di hadapan penyokong.

    Cari makan.

    ReplyDelete
  2. Hidup Tun M..Pemimpin yang aku paling hormati..

    ReplyDelete
  3. Teringat plak masa berjogging kat Taman Tasik Titiwangsa..bertembung ngan Tun Mahathir yang juga sedang bersenam sambil ditemani 2 org bodyguard.....(masa dia masih jadi PM)...ringan je mulut dia jawab salam dari org ramai yang datang beriadah sambil bersalaman...He's the Best PM EVER.......

    ReplyDelete
  4. orang malaysia mudah lupa. bukan melayu aje mudah lupa. satu perkara yang rakyat malaysia tak mudah lupa - MINTAK INI DAN ITU DARI KERJAAAN! Terutamanya yang terlebih liberal tu. orang kampung mintak nak hidup sedikit selesa aje. tak lebih dari itu. nak rezeki tambahan untuk anak bini. tak percaya, suruh pegawai banci 26,000 orang ni pergi tanya. rakyat malaysia ni dah buta. buta perut, buta hati, buta mata. orang kemboja dapat sedikit keamanan berterima kasih sampai mati. kita di malaysia ni dah senang banyak pun masih nak berkelahi. mujurlah malaysia ni kaya dengan hasil mahsul bumi tanah melayu ni. boleh bahagi-bahagi di kalangan umno, mca, mic dll lagi. pr pun 2x5 jugak. tak payah selindung. itu le dia jawapannya. kerjanya menuntut hak aje. mintak sikit-sikit tak apa. kita tak marah; ini menuntut hak untuk membazir sampai piut makan pun tak boleh habis. islam lah tu. syabas!

    ReplyDelete
  5. Tun DR mahathir negarawan terulung

    ReplyDelete
  6. saya salah seorang drpd rakyat di Kemboja yg berhijrah ke Malaysia dengan bantuan UNHCR, PERKIM dan Tun Dr. Mahathir. Pada pendapat saya, memang TUN Dr. Mahathir sorang pemimpin yang bijak kerana banyak membaca. Beliau telah banyak berjasa kepada negara dan tanpa beliau tidak mungkin Malaysia boleh mencapai kejayaan drpd asas sumber kepimpinan beliau. Saya harap, terdapat ramai lagi pemimpin seperti TUN Dr. Mahathir.

    ReplyDelete
  7. Terbaru, Mesir minta bantuan Tun Dr. Mahathir untuk mencari jalan meningkatkan ekonomi negara mereka selepas jatuhnya Hosni Mubarak! Kisah Tun ke Mesir ada dalam blognya walaupun beliau tak tulis apa yang beliau buat di Mesir.
    Tak macam Anwar. Baru dijemput beri ceramah dalam satu seminar (peringkat kampung) kecoh bagai nak rak! Itulah bezanya negarawan ulung dan peliwat agung!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.