21 July 2010

Oik UMNO, Pas.... buat apalah nak bersatu!!!

Oih puak2 UMNO dan puak2 Pas, janganlah duk fikir nak bersatu atau berdamai. Tak usahlah mimpi. Tak ada maknanya korang nak duduk semeja, tidur sebantal. Buat apa nak bersatu, buat apa nak berdamai. Kan bagus sesama kita saling berkelahi, bermusuh. Pas boleh kutuk dan mengata UMNO dan UMNO pun boleh mengata dan mengutup Pas. Lagi pun Pas ke UMNO ke, dua-dua parti Melayu.

Kalau korang berdamai, sudah pastilah negara ini aman damai. Nanti siapa yang nak turun berdemo berbaring tengah jalan. Siapa nak kutuk Raja-raja Melayu, siapa nak hina mufti dan ulama.  Tak boleh... tak boleh. Pas dan UMNO tak boleh bersatu sebab kalau korang bersatu tiada harapan Anwar nak jadi PM Malaysia, tiada harapan DAP nak kuasai Putrajaya dan tiada harapan IMF, Bank Dunia dan FFF nak "melabur" kat Malaysia.

Jangan... jangan bersatu. Biarlah korang berkelahi seperti sekarang. Lagipun bukankah sudah tabiat Melayu selalu bergaduh, berhasad dengki. Nanti bidalan itu tak menjadi lagilah. Nanti kena cari bidalan baru. Bukankah itu susah nantinya?

Pas dan UMNO tak boleh bersatu dan usaha penyatuan itu perlu dihalang dengan apa cara sekalipun. Kalau perlu kita berdemo beramai-ramai dari Masjid Negara ke KLCC, desak Pas dan UMNO jangan bersatu. Jangan.. jangan bagi peluang.

Mana-mana pihak yang cuba nak satukan Melayu, satukan Pas dan UMNO kita humban mereka dalam perigi. Biar mereka kojol dan biar tak ada orang boleh satukan bangsa Melayu lagi. Biarkan... Biar padan muka mereka.

Ayuh kita gerakkan kempen KATAKAN TAK NAK kepada penyatuan Pas-UMNO dan penyatuan Melayu. Dan katakan ya kepada PM dari DAP dlm PRU-14 nanti.... Hidup Cina, Hidup Hindraf... pergi jahanamlah Melayu!!!

Share this

5 Responses to "Oik UMNO, Pas.... buat apalah nak bersatu!!!"

  1. Umno nak bersatu tu bukan apa pasai dah nampak kaum lain dah tak sokong bn nak harap melayu penyokong umno undi bn/umno berapa peratus sangat cukup ka nak tubuh kerajaan.
    Tu pasal la terhegih-hegih nak minta oksigen dari pas untuk sambung tali hayat yang tinggal nyawa-nyawa ikan.
    Tu pulak penurunan subsidi katanya
    tak disebut barang naik..takuttt.
    lagi la buat orang sakit hati.
    hang tak pa la orang kaya sikit pun tak heran pasai barang naik ni...
    lagi boleh pi shoping kat london,paris,new york bukan hang la tapi ada sorang tu, nak cakap pun tak guna pasai semua orang tau sapa dia....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hello tuan punya blog mesin taip buruk.

    Kalau dah tak suka komentar yang tak sehaluan dengan hang punya fahaman politik jangan lah dipublish atau lebih senang delet saja.

    Tapi janganlah dimaki hamun dan diludah pada orang yang memberi komen.tak baik...

    Kalau kita dah bodoh jangan menunjukkan kebodohan kita tu terang-terangan.
    Sebagai seorang blogger kena bersikap profesional lah sikit.
    Jangan mengikut emosi
    kalau tak boleh kawal emosi tu lebih baik jangan diadakan ruangan komen.
    Saya rasa lebih baik untuk anda
    Anda pun tidak naik darah
    sakit jantung pun susah nak dapat

    Sepekara lagi inilah kali terakhir
    saya menhantar komen untuk blog awak.
    Saya tak mahu lagi dimaki hamun dan diludah oleh seorang blogger yang bernama mesin taip buruk.

    Ada banyak lagi blogger yang baik hsti walaupun tak sependapat untuk dijenguk dan dikomen.

    buat pengahtahuan anda saya adalah pembaca setia blog the scribe A Kadir Jasin. seorang blogger profesional dan baik hati.
    saya bebas memberi komen disana
    walau pun komen saya tidak memuji kerjaan tapi tuan punya tak pulak memaki dan meludah saya...

    Harap komen saya ini tidak menambah sakit hati dan menaikkan darah anda hendak nya.

    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Sabar Mesin Taip Buruk (MTB)..baca pasal artikel ni wat aku tersenyum sendirian..makan dalam ko nyer artikel..tp firasat aku lar.. jauh di sudut hati MTB..dah tentu sebalik nya kan..
    Pada aku ..apa la susah nak ngaku g berbincang..pastu nak kaitkan UMNO plak yang dah sesak nafas..
    Apa selama ni tak pernah berbincang ker?!!.. x kan lah sedetik pn x pk pasal bende2 yang elok..utk masa depan melayu or islam..kalo nak kutuk sama sendiri..samapai kiamat pon tak habis..
    by the way ..artikel ni mmg sinis..tp utk orang yang dah biasa follow blog MTB lar..orang2 baru kene baca lain-lain artikel dulu lar...

    ReplyDelete
  5. Aiseh.. Alunbm dah marah! Sorry la bro! Pagi2 ni emosi sikit. Ok aku minta maaf. Dan aku tarik balik komen aku tu. Anyway thank lawat blog aku. Jangan serik... meh kita berdiskusi secara bijaksana!!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.