02 August 2010

Amaran terbaru dari Menteri Amaran!

Awas...!! Menteri Dalam Negeri naik angin lagi dan seperti biasa setiap kali amarahnya memuncak dia akan keluarkan amaran. Macam sotong, kalau dia sudah marah atau rasa tercabar sotong akan semburkan cecair hitam... bushhh...!! Hitam legam. Sotong pun tak nampak.

Menteri ini hari ini menyemburkan AMARAN kepada KSU KDN dan KP Imigresen apabila 20 pendatang haram dapat melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen KLIA semalam. Wah! Bukan main lagi si pak menteri marah sehingga beri amaran yang amat keras... Eeee takut!!!! (Baca di sini)

Aku tak taulah ini perkataan amaran yang keberapa yang dikeluarkan oleh pak menteri ini sejak pegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Macam-macam amaran dah aku dengar yang keluar dari mulutnya tetapi akhirnya ia senyap dan lenyap macam tu saja.

Isu PATI lari depoh tahanan. Dah tau dah banyak kali berlaku, kalau tak puas hati dengan KSU dan KP Imigresen, pecat atau tukar jelah mereka berdua tu. Tak usah beri amaran-amaran dah. Dah berapa kali amaran aku tak tau.

Kegagalan dua pegawai tu bukan sahaja menyebabkan pendatang haram terlepas dari depoh tapi dua individu yang dikehendaki polis - RPK dan (James) Bala pun boleh terlepas keluar dari negara ini dengan mudah. Tak kisahlah mereka ikut laluan mana, tapi yang jelas dua-dua pegawai tu gagal memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Dan aku rasa, bukan setakat KSU, KP Imigresen ini je yang patut ditukar, tetapi menteri terbabit juga patut ditukar dengan orang lain yang lebih tegas dan berani. Bukan setakat beri amaran demi amaran.... Aku ingat sebab menteri yang lembik itulah gamaknya kadar jenayah semakin meningkat kat Malaysia ni (ops! KPI kata kadar jenayah turunlah beb!).

Ya.. ya.. itu kata KPI tapi rakyat boleh tengok dan boleh baca bahawa hari-hari ada kes bunuh, curi, rompak, samun, rogol, dera, buang anak, ragut dan macam-macam kes jenayah lagi. Rakyat kini makin takut tapi penjenayah makin berani!

Share this

3 Responses to "Amaran terbaru dari Menteri Amaran!"

  1. Bro, ucap selamat malamlah kat Hishamudin ni. Tak ada idea langsung dan tak ada fikiran langsung jadi menteri, jadi Ketua Kampung pun ini Hishamudin jangan kasi la. Tapi dia sepupu Najib, boleh naik terus la.

    ReplyDelete
  2. Itu hal Hishamudin semua orang boleh faham la...

    Tapi kalau di nilai, Jabatan Immigeresen lah yang dikira jabatan yang paling pariah dikalangan jab-jab kerajaan!

    Pendatang boleh lari dari depoh tahanan (agaknya dinding depo tu dibuat dari plywood?), kebanjiran pendatang asing, skandal paspot, skandal penyeludupan manusia, penyeludupan bayi, Raja Petra dan PI Bala terlepas keluar negara dan macam-macam lagi.

    Anggaplah Jabatan Immigeresen Malaysia sebagai sebuah jabatan yang gagal! Dan, kebanjiran pendatang asing kedalam negara adalah satu kegagalan KERAJAAN MALAYSIA.

    Semua ada dan terlibat dengan saham kegagalan ini!

    ReplyDelete
  3. yes menteri yang selalu tinggalkan problem unsolve hishamudin lah

    risau kalau dia ni jadi perdana menteri hmmmmmm (potensi nak jadi tu ada) al-maklum arwah ayah dia pun PM kan....

    I love Tan Sri muhyiddin - keras, tegas and still human and problem solved !

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.