Apa akan jadi jika DAP, MCA & Gerakan bersatu?

Ada orang tanya aku apa akan jadi kepada orang Melayu jika pada PRU-13 nanti semua parti Cina iaitu DAP, MCA dan Gerakan di Semenanjung serta beberapa parti Cina di Sabah dan Sarawak bersatu membentuk satu pakatan ala Pakatan Rakyat?

Aku kata masa itu, orang Melayu bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya dan beberapa negeri terutama di Pantai Barat dan Sabah dan perkara itu tidaklah mustahil sebenarnya jika dilihat trend sokongan kaum Cina terhadap parti-parti berteraskan kaum mereka terutama DAP pada PRU-12 dan beberapa pilihan raya kecil lalu.

Sekarang ini bayangan bahawa orang Cina boleh memerintah Malaysia sudah semakin jelas kelihatan sejak PRU-12 lalu apabila DAP menguasai Pulau Pinang dan Perak dengan bantuan PKR dan Pas yang diterajui orang Melayu. Jika mereka benar-benar mahu memerintah negara ini, mereka tidak perlu mengharapkan Anwar Ibrahim kerana dengan penyatuan DAP, MCA dan Gerakan, sudah cukup bagi mereka untuk memerintah Malaysia.

Aku percaya dengan membawa sentimen Malaysia akan diperintah oleh orang Cina melalui pakatan DAP-MCA-Geraka, maka sudah pasti para pengundi dari kaum tersebut akan memberi undi habis-habisan kepada ketiga-tiga parti terbesar mewakili kaum tersebut. Jika sentimen ini dibawa di dalam kempen ketiga-tiga parti terbabit, aku percaya pakatan tiga parti Cina ini boleh "memerintah" Malaysia, kalau tidak pada PRU-13, mungkin selepas itu.

Ditambah pula sokongan oleh orang-orang Melayu yang begitu benci terhadap UMNO baik dari Pas, PKR atau orang UMNO sendiri, maka lebih mudahlah untuk pakatan DAP-MCA-Gerakan menguasai Putrajaya, mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pinang, merampas kembali Perak, mengetuai pemerintahan di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan (KL) dan Sabah serta mengurangkan sebahagian besar majoriti kerusi DUN di Johor, Melaka dan Sarawak.

Itu belum lagi dihitung sokongan oleh kaum India serta lain-lain bangsa dari Sabah dan Sarawak.  Harus diingat walaupun komposisi kaum di Malaysia, Melayu masih bertahan sebagai kaum majoriti dengan 60 peratus manakala bukan Melayu (Cina, India dan lain-lain) 40 peratus, tetapi dengan Melayu sudah terbahagi kepada pelbagai puak mengikut parti, maka sudah pasti peratus Melayu berkurangan berbanding kaum lain.

Jika ini berlaku, orang Melayu terutama UMNO dan Pas yang sehingga kini begitu liat untuk bersatu walaupun untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam, hanya akan menggigit jari dan ketika itu tidak berguna untuk semua menangisinya lagi kerana semuanya sudah menjadi bubur!

Fikir-fikirkanlah...!
Apa akan jadi jika DAP, MCA & Gerakan bersatu? Apa akan jadi jika DAP, MCA & Gerakan bersatu? Reviewed by mesin taip buruk on 8/08/2010 05:13:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.