24 August 2010

Apa dah jadi dengan wang ehsan Terengganu?

Seseorang mengadu kepada aku bahawa rakyat di Terengganu terutama mereka yang layak menerima wang ehsan tidak berpuas hati dengan kerajaan di bawah DS Ahmad Said sebab membuat saringan yang terlalu ketat untuk pembahagian wang ehsan.

Akibatnya ramai yang tahun-tahun sebelumnya menerima wang ehsan, tetapi tahun ini nama mereka telah dicantas kerana sebab-sebab tak masuk akal. Antara alasan tak masuk akal ialah mereka yang tidak balik mengundi di Terengganu dan beberapa alasan lain.

Lebih membuatkan kebanyakan mereka naik angin terutama kepada MB Terengganu apabila nama-nama mereka sudah diambil dan disahkan di peringkat DUN tetapi apabila dihantar ke Wisma Negeri, ramai yang dicantas atau dicicirkan.

Apa lagi, ramailah yang melenting. Itu belum kira pembahagian untuk beberapa kategori penerima seperti warga emas yang dipotong daripada RM300 kepada RM200 seorang.

"Tak taulah apa nak jadi dengan Terengganu dalam PRU-13 nanti. Dah nampak bayang-bayang kalah macam ada. Kalau dulu Terengganu kalah kerana nak jatuhkan Wan Mokhtar, aku percaya kali ini Terengganu kalah lagi sebab rakyat tolak MB sekarang." Itulah keluhan si pengadu kepada aku.

Aku fikir-fikir betul juga sebab setahu aku UMNO kat Terengganu bergolak antara puak-puak pro Idris Jusoh dengan puak-puak Ahmad Said tak kunjung selesai walaupun dah masuk tahun kedua selepas PRU-12. Tambahan pula Hishammuddin yang diletakkan sebagai Ketua Perhubungan Terengganu pula gagal memainkan peranan menyatukan kedua-dua puak berkenaan.

Ini ditambah pula dengan sikap MB yang terlalu "berkira" untuk beri wang ehsan walhal semua tahu setiap pemberian wang itu adalah undi bagi BN. Jadi mana-mana yang sepatutnya dapat wang ehsan, tiba-tiba tak dapat maknanya hilanglah undi dari mereka. Ish...! Parah tu.

Ahmad Said kena buat sesuatu kalau nak pastikan Terengganu terus kekal di bawah BN pada PRU-13 nanti terutama hal-hal melibatkan wang ehsan. Lagipun takkan dia nak jadi MB sepenggal sahaja. Sudah pastilah mahu lagi dan lagi dan lagi... Jadi kalau nak jadi MB lagi, kenalah jaga hati rakyat. Rakyat seluruh negeri tau, bukan rakyat kawasan beliau sahaja!

Sebelum ini ada jugak aku dengar yang rakyat dmarahkan Ahmad Said sebab tidak benarkan sebuah hypermarket terkenal beroperasi di Mesra Mall. Entah apa silap, hypermarkte yang tinggal bukak pintu gril itu tiba-tiba tidak dibenarkan beroperasi. Ehh.. alih-alih hypermarket yang sama kini sedang dalam pembinaan di Kijal (kawasan beliaulah!) Apa maknanya tu?
Jadi kalau si pengadu tadi kata bayang-bayang Terengganu akan terlepas dan jatuh kembali kepada pembangkang pada PRU-13 kemungkinan besar tu ada. Tambahan pula dengan senario politik seluruh negara masa kini, lagilah...

4 comments:

C L J said...

Lapuran yang tulus ni. Tahniah. Tapi istilah istilah tu kena jaga juga. Takut dipetik orang untuk jadi peluru menyerang kubu. Dana Khas (wang ehsan) bukan untuk membeli undi; tetapi ia adalah habuan ikhlas dari kerajaan kepada rakyat memerlukan. Maafkan hamba kerana pandai pandai menegor.

Mesin Taip Buruk said...

Bro, itulah hakikatnya. Selain utk bantu golongan memerlukan, wang ehsan juga boleh menarik penerima utk sokong kerajaan BN.
Sama juga di Penang, LGE nak bagi Rm1000 sorang kpd warga emas, tu pun nak beli undi juga. Apa diorang nak tembak pulak? Cuma namanya saja lain... matlamatnya sama!

Mrs.Yie said...

ramai penduduk di kawasan tempat saya (ajil terengganu) tidak memiliki borang wang ehsan pada tahun ni..barulah saya tahu puncanya kenapa setelah meMbaca entri saudara..memang agak panas sebab anak saya yg O.k.u PUN X DAPAT..APA CERITA NI????????

Mesin Taip Buruk said...

Mrs. Yie patut mengadu kat ADUN Ajil sebab dia sepatutnya yang berjuang utk kebajikan penduduk DUN beliau. Lagipun ADUN Ajil (Rosol Wahid) pun bukan calang2 orang... khabarnya antara nama yang baik dicalonkan sebagai MB tu... Hehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...