17 August 2010

Awas babi berbulu biri-biri...

Inilah rupa babi berbulu... boleh tahan hensem!
Terkejut berok aku bila ada seorang sahabat mengirimkan email berhubung sejenis spesis babi berbulu ala kambing biri-biri. Maklum setahu aku babi yang ada cuma babi tunggal atau babi hutan. Tak tahu pula ada babi berbulu macam biri-biri atau namanya "mangalitsa pigs" atau juga dikenali "wooly pigs". Mungkin puak2 yang gemar makan babi tahu spesis babi ini kut!

Menurut Wikipedia, babi mangalitsa ini berasal dari Austria dan Hungary tetapi tidak mustahil ia juga sudah diternak di negara-negara lain di seluruh dunia. Di Malaysia aku sendiri tidak pasti apakah babi spesis ini sudah diternak di Paya Mengkuang atau ladang babi mega di Sepang.

Bagaimanapun sahabat aku begitu bimbang jika bulu dari babi ini dijadikan pakaian dan ini sudah pasti akan mengelirukan kerana ia seperti bulu biri-biri. Sahabat aku kata lebih parah lagi kalau bulu babi ini dijadikan permaidani, sejadah sembahyang, kopiah dan lain-lain untuk kegunaan umat Islam. Maklum sekarang ini musuh Islam menggunakan pelbagai cara untuk mempersendakan kesucian agama Islam.

Dalam hal ini aku juga bersetuju dengan sahabat aku itu dan aku harapkan agar pihak-pihak berkenaan termasuk Jakim, Jabatan Vateriner dan lain-lain dapat membuat pemantauan yang jitu bagi mengelak adanya produk atau babi mangalitsa ini masuk ke negara ini baik dalam bentuk barangan pengguna atau ternakan.

p/s: Siapa agaknya pemimpin politik kat Malaysia ini yang boleh diibarat babi mangalitsa? Siapa tahu?

Share this

6 Responses to "Awas babi berbulu biri-biri..."

  1. Salam, Bro.A.B.1 hahaha....

    ReplyDelete
  2. iras2 macam CSL.
    Kambing bebulu ayam tak de ke

    ReplyDelete
  3. Itu peliwat dan penyokong peliwat.

    ReplyDelete
  4. slam, bulan puasa pun nak ajak orang mengumpat dan memfitnah....sedarlah wahai umat islam semua..tanya soalan yang bukanx..

    ReplyDelete
  5. Ayoo Hayazi sudah makan cili ka?

    ReplyDelete
  6. Inilah dia 'wig' yang pernah di pakai oleh 'Lord-lord' mahkamah.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.