26 August 2010

Hudud... Pas cuma mimpi di siang hari?

Laaa... rupa-rupanya Pas hanya bermimpi di siang hari apabila berjuang untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang memerintah Malaysia. Sebabnya Pas tidak akan mungkin dapat menggubah perlembagaan dan membentuk undang-undang hudud selagi mereka tidak memperolehi kerusi terbanyak dalam dewan berbanding rakan pakatan lain.

Itu bukan aku kata, tapi Zaid Ibrahim yang kata. Katanya, secara praktikal undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh sebuah parti semata-mata (Pas-lah tu) dan ia memerlukan sokongan besar dalam dewan. Masalahnya Pas tidak boleh dapat banyak kerusi dalam Parlimen sebab mereka hanya bertanding di beberapa kerusi sahaja. Itu pun kalau menang.

Maknanya kalau Pas nak juga tubuhkan undang-undang hudud, parti itu perlu berperanan macam UMNO dalam BN. Pas tak boleh bergantung kepada PKR dan DAP. PKR walaupun banyak di kalangan mereka adalah beragama Islam termasuk Anwar Ibrahim tetapi mereka belum tentu akan menyokong undang-undang hudud. Tambahlah si Anwar tu. DAP pula jelas-jelas menentang.

Lalu apa akan jadi perjuangan undang-undang hudud Pas? Ia sebenarnya cuma gula-gula untuk memancing sokongan rakyat terhadap parti yang konon berjuang untuk Islam tetapi melacurkan Islam dan masjid surau semata-mata nak ambil hati orang kafir.

Jadi, puak Pas janganlah mengharapkan undang-undang hudud dapat dilaksanakan jika pun pakatan memerintah  kerana itu semua hanyalah mimpi di siang hari.

Adalah lebih baik memperkemaskan undang-undang syariah yang sudah ada. Walaupun tidak dinamakan hudud tetapi ia tetap berlandaskan Islam.

Share this

1 Response to "Hudud... Pas cuma mimpi di siang hari?"

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.