25 August 2010

Inilah hero Pemuda UMNO

Dahsyat!!! Hero-hero Pemuda UMNO Malaysia menghantar nota bantahan terhadap tindakan rakyat Indonesia di Jakarta yang membakar dan memijak bendera Jalur Gemilang serta melempar najis ke kedutaan kita di sana. Geram dengan tindakan tersebut, Pemuda UMNO menyerahkan memo kepada Kedutaan Indonesia di Malaysia!!

Tengoklah wajah-wajah hero para setiakawan tu....

Inilah hero-hero Pemuda UMNO... Sedih!
Zaki serah memo ikut celah pagar.
Erk... Alahai... Ini saja ke hero-hero yang Pemuda UMNO tu? Mak aih... sedih benar aku tengok. Mana perginya para setiakawan semua oooiihh..!! Tak kanlah takat 8 orang jeh. Lepas tu memo pun serah kat celah pagar. Kenapa Zaki ni tak masuk jumpa Bpk Duta terus? Sedih... Ini ke pemimpin pelapis kalian pilih untuk memimpin masa depan negara?

Dah la tu, sepanduk yang dibawak pun bukan main berbudi pekerti sungguh.. "Mana pergi budi bahasa budaya yang sama." Macam tajuk soalan karangan periksa UPSR je bunyinya.

Seingat aku kawasan kedutaan Indonesia di KL (mereka panggil KBRI - Kedutaan Besar Rep. Indonesia) tu bukanlah ketat sangat macam Kedutaan AS. Setakat nak jumpa Bapak Duta atau para pegawai mereka aku ingat anytime. Aku sendiri dah berapa kali keluar masuk KBRI ni. Tapi kenapa Zaki yang pernah menjadi salah seorang perancang kepada pelbagai dasar kerajaan ketika zaman Pak Lah ini hanya "mampu" menyerahkan memo bantaran melalui celahan pintu pagar saja?

Satu lagi aku nak tegur ialah kenyataan Rais Yatim, ada ke patut bandingkan tindakan rakyat Indonesia memijak bendera Malaysia (Jalur Gemilang) sebagai tidak menghormati bulan Ramadan. (Baca Utusan hari ini) Alahai Datuk... kalau dah pijak bendera kita tu mereka bukan lagi tidak hormat bulan Ramadan, tapi tidak menghormati kita sebagai negara dan bangsa merdeka dan berdaulat. Bendera itu lambang negara. Kalau lambang negara dipijak apa maknanya tu? Bukankah ia bermaksud maruah dan harga diri kita dipijak-pijak.

Selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim sepatutnya memainkan peranan yang lebih besar termasuk memanggil rakan sejawatan beliau dari Indonesia dan duduk berbincang mencari jalan penyelesaian. Buatlah apa yang patut asalkan ia bersifat lebih tegas dan bukan sekadar melontarkan pandangan retorik yang aku ingat kalau pendemo kat Jakarta tu baca diorang pun boleh tergelak tergolek-golek...

Share this

0 Comment to "Inilah hero Pemuda UMNO"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.