30 August 2010

Isu bukan Islam masuk masjid... satu pandangan!

Kecoh dan kepoh beberapa hari ini apabila Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk Surau Al-Huda Kajang Sentral untuk sampai sumbangan. Isu itu seingat aku digembar-gemburkan oleh para blogger pro-kerajaan yang kemudian dimainkan pula oleh Utusan Malaysia sehingga ia menjadi gegak gempita.

Dalam hal ini, persoalan yang timbul ialah kenapa Teo Nie Ching dibenarkan masuk ke surau sehingga ke ruang solat utama (tempat imam) sedangkan kita tidak tahu "status" wakil rakyat DAP wanita ini sama ada dalam keadaan bersih atau sebalik. Bersih di sini maksudnya tidak berhadas besar (mandi wajib) dan berkeadaan haid. Kedua-dua keadaan yang tidak dibolehkan ketika memasuki ruang solat di masjid atau surau demi menjadi kesucian tempat ibadah umat Islam.

Dan aku percaya para blogger dan kemudian dimainkan Utusan Malaysia itu tidak mempersoalkan andai wakil rakyat bukan Islam hadir di masjid atau surau untuk menyampaikan sumbangan, beramah mesra dengan umat Islam dan sebagainya sebab itu memang dibolehkan dan digalakkan asalkan mereka menjaga tata-terbit ketika berada di masjid/surau.

Antaranya, perlu menutup aurat dan hanya dibenarkan di kawasan luar kawasan solat utama. Jadi selagi tata-tertib ini dijaga, aku berpandangan ia masih dalam keadaan wajar. Ia sama seperti pelancong bukan Islam yang melawat masjid.  Tetapi puak2 propembangkang memberikan gambaran yang konon bukan Islam DILARANG sama sekali oleh UMNO untuk datang ke masjid/surau.

Sedangkan sebelum ini sudah ada wakil-wakil rakyat pembangkang bukan Islam termasuk LGE yang hadiri program di masjid/surau. Tetapi ia tidaklah menimbulkan kontroversi.

Bila menyentuh soal ini, aku tertarik dengan laporan Utusan di sini...
ROM 30 Ogos - Pemimpin Libya, Moammar Gadhafi memberikan ceramah agama dan salinan naskhah al-Quran kepada beberapa ratus gadis Itali semalam ketika tiba di Rom untuk lawatan keempatnya dalam setahun.

Kira-kira 200 hingga 500 wanita yang dibawa oleh sebuah agensi model dan dibayar dengan jumlah yang tidak diketahui untuk hadir, tiba dengan menaiki bas di kediaman rasmi duta Libya sebaik sahaja kapal terbang presiden itu mendarat di lapangan terbang Ciampino di sini pada permulaan lawatannya selama dua hari. - Utusan Online, 30 Ogos 2010.
A woman holds a copy of the Koran after a meeting with Libyan leader Moammar Gadhafi, at the Libyan Academy near the Libyan ambassador's residence in Rome, Sunday, Aug. 29, 2010 where Gadhafi will be staying. Gadhafi has given a lesson on Islam and copies of the Quran to a few hundred Italian women as he arrived in Rome for his fourth visit in a year, participants in the encounter said. Between 200 and 500 women, recruited by a modeling agency and paid an undisclosed sum to attend, arrived by bus at the Libyan ambassador's residence just as Gadhafi's plane was landing at Rome's Ciampino airport at the start of a two-day visit. - AP Photo
Dan apabila Malaysia Kini melaporkan Nie Ching terus menghadiri program berbuka puasa di surau (baca di sini!), aku yakin ia tidak akan menjadi isu memandangkan Nie Ching kini sudah tahu yang mana boleh dan yang mana tidak. Bagi aku, kalau Nie Ching nak datang selalu ke masjid/surau, aku alu-alukan. Siapa tahu tiba-tiba hatinya terbuka untuk menerima Islam.

Itulah yang Nik Aziz maksudkan dan mahukan, bukan?

Siapa tahu andai Nie Ching atau Karpal Singh atau LGE atau Lim Kit Siang atau lain-lain menerima hidayah seperti Daniel Streich, seorang ahli politik Switzerland yang begitu bencikan Islam, menggerakkan gerakan anti-Islam yang kemudiannya menjadi seorang muslim. Baca di sini!
Saya belajar mengenai Islam secara komprehensif semata-mata untuk memfitnah Islam. Tetapi akhirnya yang saya temui Islam merupakan sebuah kumpulan ajaran yang sangat logik yang memberikan jawapan yang masuk akal dalam apa jua persoalan penting dalam kehidupan. - Daniel Streich

Share this

0 Comment to "Isu bukan Islam masuk masjid... satu pandangan!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.