29 August 2010

Komunis letak senjata, bukan serah diri...

Aku beberapa kali tengok rancangan Darurat Malaya dalam History Channel Astro sejak beberapa hari lalu. Ia disiarkan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-53. Bagus sangat dokumentari itu sebab banyak perkara yang selama ini aku tak berapa tahu, kini sudah tahu. Antaranya termasuk kekejaman Parti Komunis Malaysia (PKM) di bawah Chin Peng.

Dokumentari ini aku anggap sebagai satu dokumentari yang paling tepat kerana mereka menemubual secara langsung mereka yang terlibat, baik di pihak tentera Melayu, tentera British malahan bekas pejuang PKM. Cukup menarik dan antara pandangan bekas-bekas tentera Melayu dan British tentang PKM ialah... "Mereka hanya meletakkan senjata tetapi mereka tidak pernah menyerah diri atau meninggalkan ideologi komunis mereka."

Seorang bekas tentera berketurunan India yang ditemu bual berkata dia tidak maafkan apa yang telah dilakukan oleh Chin Peng dan puak2 PKM walaupun apapun terjadi. Dianggarkan lebih 1,100 orang terbunuh di tangan komunis Malaya sejak sebelum merdeka dahulu.

Aku rasa puak2 yang selama ini berjuang untuk membawa pulang Chin Peng ke Malaysia dari buangannya, elok sangat menonton dokumentari ini. Banyak perkara yang boleh mereka pelajari tertutama kekejaman Chin Peng dan PKM terhadap orang Cina dan tidak kurang menjadi mangsa orang Melayu. Bayangkanlah sehingga kini Chin Peng tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekejaman yang dilakukannya selama ini, Jadi buat apa kita perlu memaafkannya hanya kerana dia "semakin tua?"

Dalam semangat kemerdekaan yang kita bakal sambut buat kali ke-53 beberapa hari lagi, aku percaya dokumen tentang zaman darurat yang disiarkan di History Channel mengembalikan 1,001 kenangan pahit sepanjang beberapa minggu pemerintahan PKM selepas Jepun menyerah diri dan sementara menanti kedatangan semula British ke Tanah Melayu.

Sekali merdeka tetap merdeka!

3 comments:

C L J said...

Ungkapan yang tepat untuk menjadi kenangan dalam kajian sejarah kini dan masa depan ... "Mereka hanya meletakkan senjata tetapi mereka tidak pernah menyerah diri atau meninggalkan ideologi komunis mereka."

Kini di mana mereka ????

Wake UP! said...

Letak senjata tak bermaksud mengalah atau melupakan perjuangan komunisme mereka.

Terbukti kini DAP masih mengamalkan komunisme.

Mesin Taip Buruk said...

Sebab itu rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina atau India perlu menolak Chin Peng dari kembali ke Malaysia kerana kekejamannya ketika pemerintahan PKM dan zaman darurat dahulu tidak kenal bangsa - Cina, Melayu, India - kalau tak mahu kerjasama dgn mereka, mereka akan bunuh/siksa sampai habis nyawa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...