Maaf! Aku bukan blogger upahan...

Ada orang tanya aku berapa ribu sebulan UMNO bagi sebab buat blog Mesin Taip Buruk aku ni? Bila aku kata aku tak dibiayai mana-mana pihak, orang yang bertanya itu tidak percaya. Mati-mati dia ingat aku diupah oleh puak2 UMNO atau pihak kerajaan supaya bantai pembangkang dalam blog aku.

Aku nak beritahu kepada orang itu dan sesiapa yang berfikir MTB adalah blogger upahan, sebenarnya aku tak dibiayai oleh sesiapa dan aku adalah blogger bebas. Bebas dari sebarang "upah" oleh mana-mana pihak atau oleh mana-mana tangan ghaib.

Dan sebab aku blogger bebas maka aku boleh tulis apa sahaja yang aku fikir perlu diperbetulkan. Kalau aku diupah UMNO aku tak akan bantai orang UMNO atau pemimpin UMNO. Itu tidak adil... Tapi sebaliknya di sini aku juga bantai pihak2 UMNO yang aku rasa tidak betul dan perlu diperbetulkan.

Benar, kebanyakan tulisan aku lebih banyak "menghentam" puak pembangkang, sebab aku merasakan banyak yang tidak betul di pihak sana. Kalau banyak yang betul dah lama aku sokong Pas! Tapi nyata mereka pun dua kali lima atau kadang-kadang lebih teruk dari UMNO. Teruk tak teruk, mereka tuduh UMNO amal kronisme, tapi kat Kelantan anak menantu MB kuasai syarikat atau saham syarikat milik kerajaan negeri... Kronisme juga!

Ya, aku akan sokong Pas jika Pas boleh buktikan bahawa pemerintahan mereka lebih baik dari UMNO/BN dengan menjadikan Kelantan dan Kedah sebagai contoh. Malang di Kelantan selepas 20 tahun memerintah, Pas bukan sahaja gagal membawa pembangunan sosio-ekonomi kepada rakyat mereka, malah mereka juga gagal menunjukkan contoh sebagai sebuah negeri berteraskan undang-undang Islam.

Buktinya kes jenayah termasuk rogol, bunuh di kalangan orang Islam begitu banyak di Kelantan, begitu jugak kadar kemiskinan tegar di kalangan umat Islam, jumlah pesakit HIV/AIDS tertinggi, kadar pesakit kencing manis tertinggi... semuanya di Kelantan. Tapi kerajaan Pas Kelantan tidak pernah mengakui kelemahan mereka sebaliknya lebih galak "mengungkitkan kelemahan" orang lain.

Buktikanlah wahai pemimpin Pas bahawa pentadbiran kerajaan di Kelantan jauh lebih baik dari Melaka, Pahang atau Johor yang kalian anggap pentadbiran sekular tidak berteraskan Islam. Jangan hanya pandai bercakap....!! Buktikan dan jika berjaya, sekarang juga akan aku sokong perjuangan Pas.
Maaf! Aku bukan blogger upahan... Maaf! Aku bukan blogger upahan... Reviewed by mesin taip buruk on 8/31/2010 11:02:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.