04 August 2010

Remaja dibenar berkahwin... Jom ke Melaka!

Kalau nafsu dah membuak-buat, ubat paling mujarab ialah berkahwin....
"Aku nak pergi Melaka... nak cari budak-budak sekolah yang gatal nak berlaki. Boleh aku pasang jadi nombor 2, 3 atau 4..." Kata kawan aku bersemangat selepas dapat tahu kerajaan Melaka benarkan remaja perempuan berusia 16 tahun ke bawah berkahwin. Aku cuma gelak dengar cerita kawan aku yang bukan  main berkobar-kobar itu walaupun aku tahu dia seorang yang takutkan bini.

Bila dia tanya macam mana pandangan aku pasal Majlis Agama Islam Melaka yang benarkan budak-budak sekolah (bawah umurlah tu) berkahwin, aku kata apa masalahnya. Mak aku dulu kahwin masa dia umur 16 tahun. Beranak sampai nak sedozen, okey saja. Bahagia sampai akhir hayat. Anak-anaknya ramai yang berjaya, termasuk aku. Cuma bezanya bapak aku masa itu umur dah lebih 30 tahun, dah matang.

Tapi aku kata itu zaman dululah. Zaman di mana ramai kalangan orang kita tak pedulikan perihal pelajaran. Sekarang ini lain. Bayangkan ada pasangan remaja di Melaka yang memohon nak berkahwin. Si lelaki berumur 16 tahun dan masih sekolah Tingkatan 4 dan si perempuan pulak berumur 14 tahun dan masih di sekolah di Tingkatan 2. Aku bayangkan kalau mereka diizinkan berkahwin, apa akan jadi dengan masa depan mereka?

Bukankah apabila berkahwin timbul pula penyakit kena buatan orang. Dah si isteri mengandung, lepas tu bersalin. Okey... Melaka pun ada sekolah untuk wanita hamil. Jadi dia boleh teruskan persekolahan di sekolah ini. Tapi bila si isteri selesai bersalin, dia kena pula jaga dan membesarkan anak-anaknya. Apakah Melaka juga sediakan sekolah khas untuk remaja yang mempunyai anak?

Itu belum lagi sentuh pasal sara hidup. Sapa nak biayai kehidupan harian mereka? Tak kan nak harapkan mak bapak. Okeylah kalau mak bapak berduit. Yang tak berduit macam mana? Alih-alih mak bapak juga yang kena jaga cucu mereka. Anak-anak boleh berseronok saja.

Kalau si suami nak bekerja. Pertama dia kena berhenti sekolah. Keduanya apa pekerjaan yang sesuai untuk remaja umur 16 tahun yang hanya lepasan PMR? Jual burger kat McD? Berapa sen sehari dapat? Mampu ke beli susu anak yang kini semakin mahal. Belum lagi kira lampin. Nak kerja kilang, umur 16 tahun tak layak bekerja. Mereka kena tunggu umur 18 tahun.

Moral cerita, aku sebetulnya tak bersetuju langsung usaha yang dibuat oleh Melaka itu walaupun niatnya murni kerana aku percaya menyediakan sekolah khas remaja hamil dan membenarkan remaja bawah umur berkahwin tidak akan menyelesaikan masalah penzinaan di kalangan remaja, hamil luar nikah dan pembuangan anak.

Nak mengatasi masalah itu kita kena cari pokok-pangkalnya, punca masalah. Bukan senang-senang ada masalah saja langsung cantas. Tapi akarnya tetap juga tumbuh dan akhirnya menghidupkan masalah baru kepada orang lain.

Share this

4 Responses to "Remaja dibenar berkahwin... Jom ke Melaka!"

  1. salam,
    saya harap kita semua brhati2 bila kita mmperkatakan prkara2 brkaitan ugama Islam kita yg mulia ini sbb, kita kena kembali kpd Hukum Islam walaupun mungkin kita tidak dapat melaksanakan sepenuhnya tetapi kita semistinya akur dgn segala hukum ALLAH - bukan orang pas atau dap atau keadilan atau umno atau ...dsbnya.

    ReplyDelete
  2. Rupa rupanya kalau ada sebarang masaalah kita kena kaji keliling dan tengok kiri kanan atas bawah depan belakang semua ada masaalah yang menyumbang kepada tercetusnya masaalah yang dihadapi itu.

    Tidaklah boleh kita ambil satu yang kita nampak dan perasan nak selesaikan masaalah dengan menangani satu perkara itu sahaja. Penyelesaian masaalah ialah penanganan secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  3. airman: terima kasih atas teguran.

    ReplyDelete
  4. punca2 utama ialah porno.... hapuskan atau sekat porno di media massa ie internet,vcd dan buat pendakwaan jika ada anak2 melayu yang terbabit..hukuman rotan sesuai dengan mereka nih..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.