17 August 2010

Tahap pertama pakatan DAP-MCA-Gerakan

Bila aku munculkan isu pakatan DAP-MCA-Gerakan untuk memerintah negara, ramai yang menghemburkan nada sinis dan ada yang anggap ia tidak akan mungkin berlaku sedangkan semua tahu dalam politik apa sahaja berlaku. Puak2 pembangkang terutama pro-Pas pula anggap ia sebagai usaha UMNO nak menakut-nakutkan orang Melayu sebab menilai UMNO sudah semakin tersepit kerana semakin kehilangan sokongan rakyat.

Dan kenyataan Chua Soi Lek yang juga Presiden MCA ini jelas bahawa wujud keserasian antara DAP dan MCA yang bolah aku katakan sebagai tahap pertama ke arah pembentukan pakatan ketiga-tiga parti terbesar kaum Cina ini. Baca ini...
KUALA LUMPUR 16 Ogos – MCA menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.
Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA yang kini diterajui kepimpinan baru percaya bahawa pendirian itu mempunyai asas dan wajar.
“MCA tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab menyuarakan pandangan dan keinginan masyarakat Cina. Jika tidak parti ini akan kehilangan sokongan rakyat.
“Oleh itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden UMNO) tidak boleh menyalahkan MCA hanya kerana parti ini mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.  - Utusan Malaysia, 16 Ogos 2010
Pertanyaan aku, apa pendirian pemimpin UMNO dan Pas ketika kepentingan dan hak-hak istimewa orang Melayu dan agama Islam diperlekehkan oleh puak2 ini? Apakah pendirian kedua-dua parti terbesar Melayu ini senada atau masing-masing dengan kesombongan dan keangkuhan masing-masing?

Jangan tanyalah soalan ni pada orang Melayu dalam PKR, DAP, Gerakan, PPP dan lain-lain parti sebab aku tahu suara mereka telah direndam sedalam-dalamnya.

Pesan aku, kepada semua parti gabungan dalam Barisan Nasional terutama UMNO, bersiap sedialah kemungkinan bahawa MCA tidak lagi menjadi sebahagian BN menjelang PRU-13 nanti, atau selepas itu. Dan tindakan sedemikian akan disusuli pula oleh Gerakan dan lain-lain parti mewakilai kaum Cina di Sabah dan Sarawak.

Share this

0 Comment to "Tahap pertama pakatan DAP-MCA-Gerakan"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.