10 August 2010

Tu dia bakal MB Johor....!!!

Tu dia bakal MB Johor! Jimmy Chua nampaknya duk pasang angan-angan nak duduki pejabat Bukit Timbalan. Sama juga macam CIFU-nya yang duk berangan nak duduki Putrajaya. Begitu yakinnya Jimmy Chua, dia sanggup pajang gambar Tuanku Sultan Johor sekali kat kain rentang tu.

Pergh! Apek ni lupa agaknya siapa yang tarik balik gelaran Datuk kat dia kalau bukan Sultan Johor yang dia pampang gambar tu. Sekarang ada hati pula nak jadi MB Johor. Aku ingat Sultan Johor senang-senang nak merestui Jimmy Chua jadi MB?

Oik... Itu Johorlah. Johor... negeri di mana lahirnya UMNO. Di kaki istana Johorlah UMNO ditubuhkan oleh orang-orang Melayu yang bersemangat waja menentang Malayan Union dan kemerdekaan Tanah Melayu. Johor selama ini terkenal sebagai kubu kuat orang Melayu. Takkan mungkin negeri Johor dapat ber-MB-kan seorang apek tua macam Jimmy Chua.

Wahahaha... Oik. Lebih baik pergi sujud minta ampun dengan Sultan Johor sebab tuanku sudah murka bila gambarnya digunakan dalam kempen politik kau Jimmy. Aku bukan apa, bukan takat gelaran Datuk ditarik, lepas ini kerakyatan negeri Johor pula ditariknya. Tak pasal-pasal lepas ni tak boleh jejak negeri Johor pula.

Jimmy... Jimmy... Kau memang cari pasallah!

Share this

9 Responses to "Tu dia bakal MB Johor....!!!"

  1. I'm Johorian and i'm not satisfy if he become the MB..
    he MUST be MAlay..
    i'm not racist but just want to preserve Malay's right.

    ReplyDelete
  2. Angkara UMNO gambar Sultan dalam poster? hehehe

    YB - Yang Bingai @ Bangang
    Sultan Johor Murka Kerana Poster Bingai di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  3. Salam,

    hahaha..kantoii...kantoii... bro, izinkan saya link ke blog saya.. hahaha.. abih la ko chua... abih la melayu pkr bodoh kat johor tuh...

    ReplyDelete
  4. MB Johor kena Melayu Islam anak Jati Johor..bukan racist,tp mmg gitu undang2 nya..gitu la undang2 negeri/negara Islam..takyah la berangan..

    ReplyDelete
  5. Kalau bukan UMNO yang buat kain rentang itu kenapa PKR buat report Polis?
    Memang betullah, apa-apa mesti UMNO yang buat.

    agbr47: Saja buat lawak kepada apek lawak.

    ReplyDelete
  6. Alamak!!!.. ini betul2 kantoiii ke???

    Banner di belakang Jimmy hampeh tu kenapa lebih kurang macam banner kat blog ni??? Klik sini

    Mungkin gambar majlis tu pun UMNO yang buat superimpose juga ke?? Agak2 apa la si Jimmy hampeh tu tengah cakap masa pencacai dia tunjuk banner yang UMNO 'buat' tu ye???

    Aduh... kantoi ni, mana nak lari si Jimmy ni nanti...

    ReplyDelete
  7. jom kita gelar die mamat kantoi...

    ReplyDelete
  8. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh xxx negeri itu daripada xxx.
    Jui Meng juga mendakwa kai...n rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Bahru.
    "Nama xxx itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan.
    "Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke Istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," kata bekas Menteri Kesihatan itu kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
    Beliau menegaskan tindakan pihak tertentu memasang kain rentang provokasi disepanjang laluan perjalanan Sultan Johor dalam program siri jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan percubaan untuk dan melaga-lagakan KEADILAN dengan pihak istana.
    Beliau berharap pihak polis segera menjalankan siasatan yang mendalam dan mendakwa dalang dibelakang perbuatan tersebut.
    Sehubungan itu KEADILAN Johor bersetuju dan menyokong pandangan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengingatkan rakyat di negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan tindakan yang disifatkan sebagai boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat.
    "Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha untuk mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang wujud dalam negara kita. Kita akan mempertahankan Institusi DiRaja daripada mana-mana pihak termasuk parti politik dalam agenda untuk mengheret Istana ke dalam persaingan politik kepartian," tegas beliau.
    Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar.
    Beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal.
    Beliau berpendapat tindakan bodoh itu adalah usaha untuk menjadikan orang Melayu pekak, buta dan menjadi hamba kepada xxx selama-lamanya.
    Tambah Jui Meng xxx Johor kini terdesak disebabkan oleh gelombang perubahan yang dituntut oleh rakyat Malaysia umumnya, khususnya rakyat Johor.
    "Angin perubahan ini tetap akan sampai dalam pilihan raya umum kelak. Yang jelas, xxxl sekarang ini sedang menggigil ketakutan," kata beliau...

    p/s: xxx bukan nama sebenar....JELAS...

    ReplyDelete
  9. muhammadazharalias: itulah agaknya yg cuba diberitahu si jimmay chua dlm gambar tu. Nak bg tau banner tu bukan dia buat tp si xxx yg buat... Dia plak explain masa kempen kat gelang patah tu. Misti org gelang patah gembira dgn penjelasan jimmy chua, siap bawak bukti lagi tu. Hiduppp jimmy chua, hidup bakal MB johor!!!!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.