20 August 2010

Woohoho!! Adakah LGE akan saman Zahid dan Utusan?

WOOHOHOH..!! Panas membara sekarang ini apabila Zahid Hamidi mendedahkan ada beberapa masjid di Pulau Pinang mendoakan kepada Lim Guan Eng menggantikan doa kepada Agong dalam khutbah Jumaat. Laporannya disiarkan muka depan Utusan, akhbar digeruni pembangkang manakala beberapa akhbar lain turut menyiarkannya di muka dalam.

Tersentak dengan laporan tersebut LGE bingkas menafikan dakwaan dan berkata beliau tidak tahu menahu perkara tersebut. Hehe.. LGE mana tahu  sebab dia tak pergi sembahyang Jumaat. Lagilah doa dibaca dalam bahasa Arab, haram LGE tak tahu walaupun mengaku mentadbir Pulau Pinang ala Khalifah Umar Abdul Aziz.

Bertempik melolonglah puak2 pembangkang terutama bapak LGE yang cepat-cepat menghentam Zahid dan Utusan kerana siarkan berita yang konon fitnah terbesar oleh UMNO dan Utusan.  Anwar pun bertempik sama. Cuma Nik Aziz, Hadi Awang atau Mahfuz saja belum kedengaran suaranya berhubung perkara ini. Agaknya dah terkancing gigi kot!

Aku tak mahu ulas isu ini tapi  kalau tak ada angin pokok tak goyang. Aku harap UMNO Pulau Pinang siap-siaplah mengumpul buktinya baik video dan audio serta mengumpulkan saksi-saksi sebab aku percaya Zahid, UMNO Pulau Pinang dan Utusan bakal disaman oleh LGE dan puak2 pembangkang  jutaan ringgit selepas ini.

ps/: Ada imam masjid di Selangor selalu salah sebut nama Sultan Selangor setiap kali membaca doa untuk baginda dalam khutbah Jumaat. Itulah masalahnya apabila imam diimport dari luar. Nama sultan dengan raja muda pun tak boleh beza. Ini sahih sebab aku dengar sendiri...

Share this

2 Responses to "Woohoho!! Adakah LGE akan saman Zahid dan Utusan?"

  1. yang kat selangor tu kalau boleh tolong rakamkan. Menyirap je aku dengar

    Aku Yang Bingai
    Erti Sebuah Kasih Sayang di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  2. Bro, dah 3 minggu imam tu tak ada. Sekarang ni masjid tu imamnya baca khutbah ikut teks. Biasa main taram je. Tu pasal nama Sultan Selangor pun tak tahu. Agaknya dah kena warning dik JAIS kot. Nantilah, kalau dia imamkan lagi aku rakam video...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.