12 September 2010

1Malaysia... Antara pandangan aku dan Tun Dr. Mahathir

Bekas PM, Tun Dr. Mahathir kata rakyat Malaysia masih keliru dengan gagasan 1Malaysia. Kenyataan beliau dibuat pada 2 September lalu. Laporan beritanya disiarkan 3 Sept. Baca laporannya di bawah:
ALOR SETAR 3 Sept. - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau menyokong gagasan 1Malaysia tetapi mendapati rakyat di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza tentang konsep itu.
Beliau berkata, keadaan akan menjadi sukar jika setiap bangsa di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsep 1Malaysia.
"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu pendapat mereka berbeza-beza, tafsiran berbeza, payahlah kalau tafsiran berbeza-beza. Sebab itu kena jelas,” katanya kepada pemberita padas majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pering, Kodiang dekat sini, malam tadi.
Dr. Mahathir berkata, ketika kerajaan memperkenalkan perubahan, ia perlu menjaga kepentingan Bumiputera yang masih memerlukan bantuan.
"Kalau biarkan saja habislah jadi macam di Singapura. Kalau meritokrasi dilakukan banyak kesan, sebab itu saya cakap ia boleh jadi rasis kerana ia mengambil hak orang Melayu dan Bumiputera lain.
"Kalau meritokrasi, sesetengah daripada penuntut universiti itu tak dapat masuklah. Peniaga-peniaga baru di bandar pun tak adalah... habislah,” katanya. - Bernama
Tetapi lebih setahun dahulu, aku dah nyatakan pandangan aku bahawa 1Malaysia merupakan satu gagasan yang silap dan boleh menyebabkan setiap orang memberikan intepretasi berbeza mengikut kepentingan kaum masing-masing. Baca di sini!

Antara petikan tulisan aku tentang 1Malaysia tersebut:
Aku percaya jika ditanya apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia, nescaya masih terlalu ramai yang kabur dan tidak kurang juga yang tidak memahami apa-apa pun. Malah kalau ditanya di kalangan menteri dan pemimpin UMNO sekalipun, aku percaya hanya sekerat dua yang faham.
Jadi kalau ramai yang menggunakan 1Malaysia untuk meminta yang bukan-bukan sepertimana yang dikatakan Najib sendiri, aku tidak salahkan mereka. Sebabnya mereka tidak faham, tidak jelas dan tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan 1Malaysia. Jadi jangan salahkan mereka. Dan sudah pastilah ada pihak2 yang mengambil kesempatan dari "kelemahan" ini untuk kepentingan mereka atau kaum mereka sahaja.
Apakah Tun beri kenyataan sedemikian selepas baca blog aku atau kerana aku dan Tun mempunyai pandangan yang sama... huhu!!

Share this

2 Responses to "1Malaysia... Antara pandangan aku dan Tun Dr. Mahathir"

  1. DS Najib wajar mencontohi dan mengikuti jejak langkah Datuk Onn Jaafar, apabila beliau sebagai Presiden UMNO tidak lagi memperjuangkan matlamat perjuangan orang Melayu dan Bumiputera apabila membiarkan UMNO berselisihan dengan Perkasa serta beliau memperjuangkan 1-Malaysia yang nampaknya memberi keutamaan yang lebih kepada kaum-kaum lain daripada Orang Melayu dan Bumiputera.

    ReplyDelete
  2. a'ah..betul tu.. ramai yg salah faham tentang 1Malaysia..
    bg saya, ia x bermakna kita boleh minta/beri macam-macam..perlu ingat asal-usul atau lihat sejarah & belajar darinya...jgn jadi seperti belanda minta tanah.. cuba lihat dari segi perpaduan;sebagai rakyat M'sia, kita mesti bersatu...bersatu pertahankan kedaulatan negara..itu 1 cth 1Malaysia yg saya faham.
    tp x dinafikan, DSN sepatutnya menjelaskan dengan sebaik mungkin akan gagasan yg diperkenalkan itu agr tiada salah faham..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.