06 September 2010

Ayuh, sama-sama doakan keselamatan Sosilawati

TERKINI (01.10 am 8/9/2010)
Polis dapat petunjuk bahawa Sosilawati masih hidup dan usaha mengesan beliau serta tiga lagi yang lain sedang dilakukan!

TERKINI (02.30 am 7/9/2010):
Kereta BMW yang dinaiki Sosilawati sebelum beliau hilang dikatakan ditemui di sebuah pangsapuri di USJ 1 manakala kereta peguamnya ditemui di sebuah hotel di Subang Jaya. Usaha mencari jutawan kosmetik itu sedang giat dilakukan oleh pasukan polis. Penemuan kenderaan tersebut menyebabkan keadaan semakin mendebarkan, terutama bagi keluarga mereka yang terbabit.

POS ASAL:
Aku tak kenal sangat Datuk Sosilawati Lawiya. Aku kenal dia apabila kecoh dulu dia berkahwin dengan rockers Nash, yang kemudian kes perceraian mereka juga menjadi kecoh. Aku juga tahu kalau dia merupakan seorang jutawan hasil perniagaan kosmetik. Anak-anaknya ada 6 orang dan semuanya masih di peringkat awal belia dan remaja.

Tetapi semalam aku terkejut mendengar laporan Buletin Utama berhubung "kehilangan" beliau bersama peguam peribadi, seorang pegawai bank dan pemandu. Khabarnya mahu ke Banting untuk urusan membeli tanah di Pulau Pinang sejak 30 Ogos lalu. Hari ini dah masuk 6 September. Bermakna sudah lebih seminggu Susilawati dan ketiga2 lelaki yang menemaninya itu "hilang" tanpa khabar berita.

Dalam suasana umat Islam bakal menyambut Syawal beberapa hari lagi, aku amat simpati mengenangkan anak-anak beliau apatah lagi mereka tidak dapat mengetahui kedudukan ibunya itu, hidupkah atau matikah. Hilang tanpa khabar berita. Cukup misteri. Sudah pasti anak-anak beliau yang masih dahagakan kasih sayang ibu begitu bimbang dengan keselamatan ibu mereka, apatah lagi menjelang Syawal ini.

Maklum sekarang ini macam-macam kejadian boleh berlaku. Ustazah dan anaknya mati selepas disamun, warga emas di Sungai Petani yang tak ada harta pun kena samun. Orang biasa yang berjalan kaki ke hulu ke hilir pun kena ragut, inikan pula seorang jutawan yang begitu dikenali ramai. Sudah pasti aku dan ramai lagi di luar sana membayangkan perkara yang buruk-buruk berlaku ke atas mereka.

Justeru, di sini aku mahu mengajak semua umat Islam tak kira fahaman politik dan bangsa agar kita sama-sama mendoakan keselamatan Sosilawati dan ketiga-tiga rakan beliau yang kini masih lagi tidak diketahui di mana. Mudah-mudahan berkat doa kita bersama sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini, Sosilawati dan ketiga-tiga yang lain selamat dan kembali ke pangkuan keluarga mereka secepat mungkin.

Amin....!

Share this

3 Responses to "Ayuh, sama-sama doakan keselamatan Sosilawati"

  1. Sempena bulan Ramadan yang ke 10 terakhir, marilah kita mendoakan keselamatan Sosilawati. Amin.

    ReplyDelete
  2. Inshaallah .. sama samalah kita semua

    ReplyDelete
  3. Salam

    Semoga selamat pulang ke pangkuan keluarga dan menyambut aidil fitri dengan gembira.

    Amin

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.