22 September 2010

Bila UMNO, Pas nak bermaaf-maafan (II)

Seorang sahabat aku memaklumkan bahawa beliau terpaksa membatalkan cadangan untuk menghadiri satu program di sebuah negeri dikuasai pembangkang atas arahan bosnya. Alasan yang diberikan, program itu akan dirasmikan oleh MB negeri terbabit. Lalu aku bertanya sahabat aku itu, apa hubungannya kehadiran MB tersebut dengan pembatalan beliau dan beberapa lagi rakannya menghadiri program itu?

Jawabnya mudah, sebab dia adalah pegawai kerajaan (Pusat)! Lalu aku bertanya, kenapa pula pegawai kerajaan Pusat (BN) tidak boleh menghadiri program yang turut dihadiri pemimpin pembangkang? Sahabat aku hanya mengangkat kedua bahunya tanda tidak faham.

Lalu teringat aku nasib yang menimpa Tengku Razaleigh Hamzah apabila dia dicop sebagai pengkhianat apabila menghadiri program anjuran pembangkang berhubung isu royalti minyak di Kelantan. Malah ada suara-suara yang menyatakan itu adalah tanda-tanda bahawa Ku Li akan melompat parti dan menyertai pembangkang.

Zulkifli Noordin juga pernah mengaku dilemparkan tuduhan berpaling tadah atau akan menyertai UMNO hanya kerana gara-gara beliau sering menghadiri program anjuran kerajaan dan UMNO. Tetapi apabila dia menghadiri program anjuran Pas, tidak pula diwar-warkan dia akan sertai Pas.

Begitu juga nasib beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Mawi, Amy Search, Wardinah dan Siti Nurhaliza juga pernah dicop sebagai pro-pembangkang gara-gara mereka mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz atau menerima kontrak membuat persembahan anjuran pihak pembangkang.

Inilah politik di Malaysia, politik orang Melayu terutamanya. Apabila ada orang kerajaan hadiri program yang turut dihadiri pemimpin pembangkang, mereka akan dicop sebagai "pro-pembangkang" dan begitu juga apabila puak2 pembangkang hadiri program kerajaan, mereka akan dicop sebagai pro-kerajaan.

Nampaknya antara kerajaan dan pembangkang rupanya umpama air dengan minyak, masing-masing tidak boleh bercampur. Sebab itulah gamaknya apa yang dibuat, disuarakan atau diperjuangkan oleh satu pihak, ia akan dicemuh, dihentam dan dibantah habis-habisan oleh pihak yang satu lagi.

Apa salahnya kalau sahabat aku itu dibenarkan hadiri program tersebut, sekurang-kurangnya dia dapatlah dengar sendiri apa yang akan disampaikan oleh pemimpin kerajaan pembangkang tersebut. Kalau baik, apa salahnya dijadikan tauladan. Lagipun takkan sekali dengar ucapan pemimpin pembangkang, mereka berduyun-duyun menyokong pembangkang.

Sebab itulah gamaknya dalam Dewan Parlimen macam sarkas sebab masing-masing saling tidak mahu mendengar pendapat pihak lawan, dan apa sahaja yang disuarakan oleh lawan akan ditentang habis-habisan walaupun yang disuarakan itu sebenarnya membawa maksud yang baik.

Inilah politik mereka sahaja betul, orang lain semua salah! Sama saja UMNO ke, Pas ke, PKR lagilah...!

Share this

2 Responses to "Bila UMNO, Pas nak bermaaf-maafan (II)"

  1. Masaalahnya sejarah pernah menunjukkan cerita cerita begitu banyak menjadi benar akhirnya. Walau kecil peratusnya tetapi yang sedikit itu yang menjadi cerita. Maka kita sebenarnya terperangkap dalam keadaan. Keadaan pula digarap oleh beberapa orang yang memang mencari kesempatan. Malangnya kita ....

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.