30 September 2010

Doa orang Pas bernilai RM400 ribu??? Mak aih...............

Seorang rakan memanjangkan e-mel yang diterimanya daripada seorang penyokong Pas (ana.mohd@islamforall.com.my) yang memohon sumbangan derma bagi mengutip RM400 ribu bagi membolehkan Pas menghantar rombongan ilmuwan agama mereka ke Mekah untuk berdoa.

Aku paparkan emel yang dipanjangkan itu di sini tanpa sebarang pindaan. Mari kita pakat fikir sama-sama apa maksud e-mel ini:
Assalamualaikum saudara-saudari,
Selepas isu 4 bilion; timbul pulak isu 400 ribu. Bahaya juga angka 4 ni. Bawa masalah nampaknya kepada parti.
Ana mohon semua untuk memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan ilmuwan agama; yang dijadualkan ke Mekah bagi memanjatkan doa demi kesejahteraan ummat kita seluruhnya. Bukan doa pasal royalti sahaja. Kita doa untuk semua. Doa supaya Najib diberikan kesihatan. Doa supaya Kak Ros diberikan hidayah memakai tudung. Doa supaya Muhyiddin tidak rasis. Kita doa untuk semua.
Ada yang tanya ana, orang UMNO la ni - apakah doa orang PAS dah tak laku; sampai kena 'outsource' doa kepada kumpulan lain. Ana pandang sahaja wajah orang tersebut. Tak patut kata begitu. Ini bukan soal doa orang PAS laku atau tidak. Kita memang tidak pernah berhenti berdoa. Alhamdulillah, dimakbulkan juga dengan memberi kemenangan Kelantan dan Kedah. Perak pun kita menang; siap jadi Menteri besar - tapi game, mamak zambry dah hancurkan kerjasama kita.
Ana setuju dengan tindakan kita nak menghantar kalangan ilmuwan agama ke Mekah. Usaha kita nak perolehi royalti; dan perjuangan politik kita memerlukandoa, ikhtiyar yang berkekalan. Tak boleh berhenti. Apalah sangat 400 ribu bagi memberikan kita keberkatan dalam memimpin dan berpolitik. Tak salah rasanya.
ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang 'broker'dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.
Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan... bersambung di http://penyokongpas.wordpress.com


Wasalam
Ana


To unsubscribe, mailto:unsubscribe@passforall.com.my

Tahniah Pas sebab menganjurkan kempen mengutip derma bagi membantu kumpulan pembaca doa ke Mekah. Kalau nak ke Mekah, pergi sajalah. Kalau tak mampu jangan pergi. Bukannya menganjurkan program seperti ini dan kemudian pakat kutip derma dari orang ramai.

Kos nak ke Mekah hanya lebih kurang RM9,000 seorang. Kalau nak buat umrah lagi la murah, tak sampai RM5,000 seorang. Tapi kalau nak sampai RM400,000 tu maknanya boleh hantar 40 jemaah haji ke Mekah. Mahal rupanya doa orang Pas ni ya!

Dahsyat puak-puak Pas, doa pun diorang nak komersialkan!

Share this

5 Responses to "Doa orang Pas bernilai RM400 ribu??? Mak aih..............."

  1. jauhnya pi berdoa... bukankah Allah itu 'reachable' di mana-mana atas muka bumi ini..and beyond..?

    ReplyDelete
  2. salam,

    tahniah, tuan telah membuatkan doa PAS jadi mahal. Maknanya bagi tuan, doa itu boleh dijual beli, itu tafsiran tuan agaknya yer. Itulah kalau orang yang berfikiran dUMbNO

    Sedang pada PAS, bukan nilai 400,000 tu yang dikira. Tapi usaha. Bayangkan, kelantan perolehi royalti petronas tu dengan izin Allah SWT, alhamdulillah. Tapi andainya Allah tidak memperkenannya sekurang-kurang PAS sudah berusaha, berdoa dan bertawakkal dan redha dengan ketentuannya. Dan usaha lagi tanpa kira putus asa.

    Cukup-cukupla mengelirukan orang ramai. Bukan makin membuka mata, tapi makin menyampah dengan dUMbNO.

    ReplyDelete
  3. Aku, nak berdoa di mana-mana pun boleh. Tak perlu berdepan Kaabah (kalau tak mampu). Cukup berdoa di mana sahaja kita berada. Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui. Yup, kerana doa Pas boleh perintah Kelantan, Kedah dan kini nak dapatkan royalti minyak.
    Tapi jangan lupa orang UMNO pun berdoa akan diberikan kesejahteraan kepada agama, bangsa dan negara dan selamatkan Malaysia daripada jatuh dan diperintah oleh orang-orang yang salah. Sebab itulah sampai dah lebih 52 tahun UMNO/BN masih perintah Malaysia (Insya-Allah sampai selama-lamanya) sebab berkat doa orang2 beriman dalam UMNO. Mereka tak perlu minta derma orang ramai untuk berdoa... yang penting keikhlasan. Kalau tak ikhlas, berdoa sebab dapat duit, itulah doa orang Pas susah nak berkat.

    ReplyDelete
  4. banyak rupanya hajat orang pas ni ye. sampai dah tak boleh berdoa di malaysia kena pergi Mekah konon dengan harapan dimakbulkan lah doa2tu. betul2 berhajat tu.ada nampak semacam tak yakin plak bahawa Allah tu Maha segala-galanya. Depa kira doa depa je abis orang lain tak berdoa ke. Kalau dah memang rezeki dapatlah kalau bukan doa lah macamana pun tetap tak dapat. Allah lagi tau la apa yang ada di lubuk hati hangpa. ikhlas ke dak semua Allah tau.satu perkara nak tanya kalau dapat duit royalti tu tau ke nak manage? untuk rakyat dan pembangunan kelantan ke atau utk penuhkan temolok sendiri wakaka

    ReplyDelete
  5. doa kat mekah lebih mujarab kot,suci dan bersih.kata dia cam tu

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.