17 September 2010

Hari Satu Malaysia, Hari Tipu Malaysia...

Semalam 16 September, seluruh negara bercuti buat kali pertama dalam sejarah sempena cuti umum pembentukan Malaysia. Ramai yang kata ia sebagai sambutan Hari Satu Malaysia. Baguslah sebab selain 31 Ogos sebagai peringatan Hari Kemerdekaan, 16 September juga diingati sebagai hari pembentukan Malaysia - Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Tapi seluruh negara juga tak lupa bahawa 16 September juga merupakan hari peringatan pembohongan oleh Anwar Ibrahim yang konon 30 ahli Parlimen BN akan menyertai pakatan pembangkang manakala Panglima Angkatan Tentera menyokong beliau untuk "merampas kuasa" dari BN dan Yang Dipertuan Agong pula sudah bersedia untuk memperkenankannya. Konon rampasan kuasa itu akan berlaku pada 16 September 2008.

Namun realitinya bukan sahaja usaha tersebut menjadi angan-angan Mat Jenin, malahan ia turut menjadi bahan lawak. Nasib baiklah Anwar jenis muka tebal macam kulit badak, kalau tidak sudah nyata dia tak boleh taruk mukanya kat mana-mana akibat kemaluan yang melampau. Tapi yang lebih malu ialah puak2 yang percayakan pembohongan tersebut termasuk Tian Chua, Elizabeth Wong dan beberapa pemimpin PKR lain yang sanggup ke Taiwan konon untuk memujuk ahli-ahli Parlimen BN.

Sebab itulah selain memperingati Hari (Satu) Malaysia, 16 September juga disambut sebagai Hari Tipu Malaysia...

Tapi bila kena perli-perli macam ni termasuk oleh Najib semalam, Anwar akan spin kata 16 September tu bukannya 2008, tapi 16 September akan datang... Mungkin 16 September 2011 ke, 2012 ke, 2013 ke... bila-bilalah. Atau dia boleh kata, itu dua tahun dulu, tapi dalam keadaan sekarang pakatan pembangkang akan mengambil alih Putrajaya "pada bila-bila masa"... Wow!!!

Selamat Hari Satu Malaysia, Selamat Hari Tipu Malaysia!!

Share this

2 Responses to "Hari Satu Malaysia, Hari Tipu Malaysia..."

  1. Bila bila masa nak ajak pemuda pemuda berjubah membawa bendera pelestin pergi tidor atas jalan di Petera Jaya ka ???

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.