04 September 2010

Iklan raya... rindu sentuhan arwah Yasmin Ahmad

Heboh pasal iklan raya TV3 yang katanya ada unsur-unsur yang boleh menyesatkan akidah umat Islam terutama kanak-kanak. Aku sendiri belum melihat iklan tu kat TV3 tetapi sempat lihat di blog kawan-kawan yang letakkan iklan tersebut.

Hemm... memang wajar iklan tu kena hentam dik bloggers dan orang ramai. Memang sebijik macam iklan raya Krismas. Kalau Krismas Santa Klaus yang bawak kereta kuda terbang, tapi dalam iklan ni Pak Aji yang naik beca terbang. Siapalah pengarah iklan ni ya? Aku harap bukan Namewee...

Bila bercerita pasal iklan raya ni teringat aku pada arwah Yasmin Ahmad. Dia memang seorang pengarah yang kreatif dan iklan-iklan raya hasil sentuhannya bukan sahaja menyentuh perasaan, tetapi juga sering diiringi nilai-nilai estetika dan nilai murni yang tinggi. Kalau tak percaya tengoklah iklan-iklan raya Petronas yang dihasilkan Yasmin dahulu.

Sekarang ini aku rasakan iklan-iklan raya baik Aidilfitri, iklan merdeka, dan lain-lain perayaan tidak "umph!" seperti dahulu, seperti zaman Yasmin Ahmad. Aku tidak pasti apakah pengarah-pengarah iklan sekarang sudah ketandusan idea, terlalu pegun, atau mungkin terlalu kreatif sehinggakan wujudlah iklan macam iklan raya TV3 tu.

Teringat dulu ada satu iklan merdeka menunjukkan seseorang sedang menyanyi lagi Tamil sambil memotong pokok. Pada awalnya tidak kelihatan orangnya mula-mula aku ingat yang nyanyi tu orang India tetapi rupa-rupanya seorang lelaki Cina yang asyik menyanyi lagu Tamil tersebut. Cukup simple tetapi jelas menggambarkan rukunnya rakyat Malaysia pelbagai kaum... Inilah iklan 1Malaysia.

Sebenarnya banyak lagi iklan-iklan sebelum ini yang menyentuh jiwa dan perasaan serta menjadi bualan atau ajukan baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tetapi sekarang ini tidak banyak lagi iklan-iklan perayaan sedemikian sehinggakan ada sesetengah syarikat menayangkan iklan2 lama mereka.

Sekarang ini baru aku terasa kehilangan Yasmin Ahmad...



Salah satu iklan sentuhan Yasmin Ahmad!

Share this

1 Response to "Iklan raya... rindu sentuhan arwah Yasmin Ahmad"

  1. betul tu...
    sentuhan iklan arwah Yasmin Ahmad cukup mendalam maksudnya...
    setuju sangat...


    Kiriman dari Sarawak

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.