13 September 2010

Janganlah politikkan kematian Sosilawati.... (Update)

UPDATE:
Komen blog Air Mata Darah Keringat mengenai pandangan aku, di sini...

POS ASAL:
Sosilawati dan tiga rakannya telah disahkan meninggal dunia selepas dipukul sehingga mati, dibakar dan abunya dibuang ke sungai. Suspek pembunuhnya sudah ditangkap dan menanti untuk didakwa. Tetapi perlukah kita mempolitikkan kematiannya dengan membangkitkan isu kaum?

Benar yang menjadi mangsa ialah 4 Melayu - Sosilawati, Kamarudin, Norhisham dan Ahmad Kamil  manakala suspek pelakunya pula ialah lapan India termasuk seorang peguam terkenal bergelar Datuk yang pernah menjadi peguam bela beberapa kes melibatkan Hindraf dan tuntutan-tuntutan lain berkaitan kaumnya.

Terus terang aku katakan, aku juga tidak pernah bersetuju apabila ada pihak-pihak tertentu mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock atau K. Kugan tetapi tidak bermakna kita perlu terikut-ikut dengan cara mereka. Adalah lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa, Peguam Negara dan mahkamah untuk menghukum mereka yang terlibat.

Kasihanilah roh keempat-empat mangsa kerana sudahlah kematiannya begitu tragis dan menyiksakan ditambah pula kita-kita yang mengungkit-ungkitkan kematian mereka dengan kematian orang lain yang tiada kaitan langsung dengan mereka. Dan aku percaya kaum keluarga mereka juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan sehingga melepasi garisan yang tidak sepatutnya.

Malahan aku percaya, seluruh rakyat Malaysia baik Melayu, Cina mahupun India juga bersedih dengan kematian tragis mereka dan sudah semestinya mereka juga amat marah dengan semua pelaku tetapi kita perlu rasional dan tidak terikut-ikut dengan emosi.

Kepada rakan-rakan blogger, berhati-hatilah kerana tulisan kalian boleh menyebabkan percikan api perkauman yang kini sudah kelihatan akibat pelbagai isu, menjadi api yang marak. Silap hari bulan kalian semua diangkut masuk black-maria kerana dituduh menghasut. Ingatlah negara kita ada undang-undang.

Bukankah lebih baik kita bersedekah al-Fatihah atau surah Yasin kepada kesemua mangsa agar roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT manakala mereka yang terbabit menerima hukuman setimpal dengan kekejaman mereka.

Al-Fatihah!

Share this

2 Responses to "Janganlah politikkan kematian Sosilawati.... (Update)"

  1. WA AMAT SETUJU DGN ARTICLE INI.BLOGGERS LAIN TLG AMBIL PERHATIAN DGN NASIHAT MESIN TAIP BURUK INI KERANA IANYA BERFIKIRAN RATIONAL BKN EMOTIONAL.SYABAS "MTB".WA RESPECT SAMA LU KERANA BERFIKIRAN WARAS.ASSALAMUALAIKUM.

    ReplyDelete
  2. salam..
    jadikan pengajaran untuk rakyat Malaysia yang berugama Islam..kembali kepada talian "KABEL" yang ada satu saja..Kabel ALLAH swt asli lagi tulin.. Garenti tidak akan overloded atau litar pintas punya...!!Politik2 semua ni gimik ciptaan manusia sahaja. Ada baik dan buruknya..seperti tertulis dalam semua kitab-kitab(apa pun lah kitapnya) Tanyalah Ulama mana pun Pak Sheik ke, Padri ke, Sifu Cina ke, Gandhi Je ke semua akan cakap benda yang sama... Guna kabel ciptaan manusia mesti akan ada problem punya..Tu Samy Velo tu dulu punya lah disembah oleh kaum India tapi sekarang..bila jumpa ada kaum dia sendiri akan baling selipar atau penyapu..marilah kita semua muhasabah diri..sebagai Orang Melayu yang berUgama Islam dan memang sudah tertulis dalam kitap suci Al-Quran biar kita menjadi contoh dan taladan yang baik kerana agama Islam adalah agama yang terakhir dan kitap Al-Quran adalah kalam ALLAH swt yang tiada cacat celanya.Justice will prevail.Bersatu sebagai rakyat malaysia berganding bahu membentras yang mungkar..baik dari kalangan bangsa cina ke india atau Melayu yang berugama Islam jangan nama saja Melayu..Rukun2 yang wajib tak buat tu yang selalu guna jalan "Shortcut" bila dah ditimpa "Musibah" dan ini semua adalah "Amaran" dari Invisible Kabel" untuk mereka-mereka dan keluarga mereka mengesahkan ALLAH swt "UJUD"..Al-fatihah untuk yang sudah jadi tetamu ALLAH swt..kita-kita ni belom tentunya lagi..so..marilah kita bersiap sedia dengan uduk sentiasa ada..!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.