Kecoh pasal Lotus F1... Apa dah jadi yeop?

Kecoh pasal team F1 1Malaysia, Lotus Racing Team apabila prinsipalnya Tony Fernandez mengumumkan bahawa nama pasukan itu ditukar kepada Team Lotus mulai musim depan. Ekoran pengumuman itu Proton selaku pemilik Lotus Group tersedak kerana pemilik AirAsia itu menggunakan Team Lotus yang katanya dimiliki oleh orang lain.

Entah aku pun tak faham. Nama saja Lotus... tak kisahlah Lotus Racing Team ke Team Lotus ke tapi mereka bukan guna enjin atau teknologi Lotus pun. Kalau Proton tarik diri dari menaja team ini elok jugak sebab nyata sekali mereka mempergunakan jenama Lotus yang cukup famous dalam sukan permotoran F1 sebagai daya penarik.

Dulupun aku cukup bangga dengan pasukan Lotus ini kerana ia adalah pasukan membawa nama Malaysia, guna teknologi Lotus milik Malaysia dan dipandu oleh orang Malaysia (Fairuz Fauzi) tetapi hari ini aku rasa macam kena kencing pulak, terutama melibatkan nama Lotus tu.

Apa tidaknya musim ini mereka guna enjin Costworth. Okeylah aku faham Lotus tak sempat nak bina enjin sendiri tapi dah dekat habis semusim, alih-alih mereka umum nak guna enjin Renault pula mulai musim depan, tapi masih kekal dengan nama Lotus. Agaknya sebab merasa tertipu maka Proton naik angin dan halang pasukan itu guna nama "Lotus" yang jadi hak milik mereka.

Aku harap perebutan nama Lotus oleh Proton dan Tony Fernandez ini tidak sampai menjejaskan pasukan itu terutama ketika nama Malaysia mula menjadi bualan di kalangan peminat sukan permotoran dunia melalui penglibatan pasukan dari negara ini dalam F1, sekali gus menjadi negara ketiga Asia yang mempunyai pasukan F1 sendiri selepas Jepun dan India.

Masa nak tubuh team F1 ini bukan main lagi berdegang-degang. Kecut satu dunia dengar... Tapi belum pun habis semusim dalam perlumbaan dah timbul macam-macam hal. Jangan sampai lepas ni pasukan F1 Malaysia ini terkubur di hujung litar sudahlah!
Kecoh pasal Lotus F1... Apa dah jadi yeop? Kecoh pasal Lotus F1... Apa dah jadi yeop? Reviewed by mesin taip buruk on 9/29/2010 02:30:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.