03 September 2010

Kerana Hudud UMNO dicop kafir... tapi sekarang?

Kerana tidak melaksanakan hukum Hudud, UMNO telah dicop oleh puak2 Pas sebagai parti kafir, sekular dan macam-macam caci maki dan cercaan lagi. Malah kerana tidak melaksanakan hukum Hudud juga darah orang UMNO pernah dihalalkan oleh pemimpin Pas.

Tetapi apabila Zulkifli Noordin mendedahkan perjanjian pakatan antara Pas-DAP-PKR bahawa mereka tidak akan melaksanakan hukum Hudud atau membentuk negara Islam jika mereka memerintah Malaysia, nada puak2 Pas kini sudah berbeza dan berpusing 360 darjah.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah sebaliknya mengakui bahawa hukum Hudud tidak semestinya dilaksanakan jika pakatan memerintah negara ini. 


Jadi apa yang diperjuangkan oleh Pas selama berabad lamanya dan berpatah arang dengan UMNO selama ini. Bukankah kerana mahu menubuhkan kerajaan Islam dan melaksanakan hukum Hudud? Jadi kalau ini akhirnya, bukahkah jelas-jelas menunjukkan bahawa Pas tidak pernah ikhlas memperjuangkan penubuhan kerajaan Islam dan melaksanakan hukum Hudud.

Lalu buat apa mereka selama ini berjuang bermati-matian menentang UMNO yang dituduh kafir, sekuler, toghut dan pelbagai gelaran lain semata-mata kerana UMNO tidak melaksanakan hukum Hudud? Jika inilah akhirnya perjuangan Pas maka buat apa Nik Aziz sekian lama mempertahankan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, malah mengistiharkan perang ke atas UMNO kerana Hudud tetapi akhirnya Hudud sendiri dibuang oleh Pas hanya kerana tunduk kepada DAP.

Paling aku simpati ialah kepada para penceramah dan pemidato Pas serta para imam mereka yang sekian lama ditipu oleh pemimpin mereka konon Pas berjuang untuk menegakkan kerajaan Islam dan melaksanakan hukum Hudud tetapi hakikatnya tidak sedemikian. Maka sia-sialah segala jerit perih mereka memberi ceramah kepada orang kampung tentang perjuangan palsu mereka.

Simpati juga kepada para pengikut dan blogger totok Pas yang siang-siang dikencing oleh pemimpin mereka sendiri yang kononnya mahu menegakkan Islam tetapi mereka sebenarnya tunduk kepada kehendak DAP yang tidak akan sama sekali membenarkan Pas membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud.

p/s: Aku percaya lepas ni ada blogger pro-Pas akan dakwa laporan media itu salah dan sengaja membuat fitnah kerana UMNO semakin terdesak, atau memberikan penjelasan panjang lebar konon kita-kita yang baca kenyataan itu tak faham apa yang sebenarnya tersirat di balik tersurat. Dah tau taktik puak2 mereka...!

Share this

6 Responses to "Kerana Hudud UMNO dicop kafir... tapi sekarang?"

  1. Tak boleh terima kenyataan dan kebenaran ke puak puak tu ??

    Kalau seseorang Islam itu menunjuk kepada segelas air sejuk dan mengatakan itu adalah arak. Bolehkah dia kemudiannya minum air dalam gelas itu ??

    ReplyDelete
  2. macam mana nak hudud geng, DAP dan PKR dah kata tak bole

    Kalau PAS boleh menang 2/3 dengan sendiri memang lah boleh, tapi mustahil

    Haiz PAS, akhirnya, kamu dengan UMNO tiada beza

    ReplyDelete
  3. Hang ni boleh la aku habaq sini sebagai bodoh.. UMNO tu perintah Malaysia, PAS tu perintah apa?

    UMNO yg perintah Malaysialah patut laksana hudud,ini tak. Sudah la tak laksana hudud, tak pulak sokong perjuangan hudud yg dibawa PAS. Yang hangpa buat adalah hentam PAS, dan permain soal hudud macam hudud tu hak milik PAS. padahal Hudud adalah HAK Allah dan wajib dilaksana makhluk Allah yang mengaku beriman tak kira depa PAS atau UMNO.

    Dan hangpa blogger UMNO dok habaq kat Blog macam hangpa mulia nak perjuang hudud tapi dok hentam PAS yang perjuang hudud.

    Aku tak pernah dengaq lagi kata UMNO nak laksana hudud.Haa ..pasai pa? hang cakap berdegaq sekalipun selagi UMNO tak laksana hudud baik hang diam ja takyah bising soal hudud. Hang taknak sokong hudud sudahlah tapi jangan dok bantai hudud.

    Sebab tu aku habaq hang ni sewel. Dahh.. hang diam lagi baguihh..

    ReplyDelete
  4. PAS ITU BERAK DAN KENCING.BERAK DAN KENCING ITU PAS.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.
    Saya kasihankan saudara.
    Apa kata saudara belajar secara formal tentang hukum hudud dalam kategori hukum jenayah islam secara formal dan sistematik di kuliah2 pengajian Islam di masjid2 atau dengan pensyarah universiti cth : Prof Dato' Salleh Ahmad UIA, Dato' Hashim Yahya, Dato' Hasan Din, Dr. Mat Saad Abd Rahman ( Ahli MFK ) mereka pakar bab perundangan Islam termasuk hudud.
    baru boleh saudara komen mengenai hudud boleh dilaksana atau tidak, segera atau beransur-ansur.
    Mari belajar Ilmu Islam.

    ReplyDelete
  6. Haha... Aku dah agak sure puak2 sana akan aku dan kita2 ini bangang sebab tak tahu pasal hudud tapi nak cakap pasal hudud. Tapi aku nak bagi tau secuit perkataan pun aku tak menolak hudud malah dalam tulisan2 aku sebelum ini pun. Cuma aku dah berapa kali cakap, enakmen syariah terletak di bawah kerajaan negeri dan Kelantan & Kedah patut mula dulu pinda undang2 Islam di negeri masing2 supaya seiring dgn hudud. Lagipun hudud bukan sekadar berkaitan jenayah sivil (contoh hukum pencuri potong tangan) tetapi terlebih dahulu dimulakan dgn perkemas undang2 syariah. Contoh hukuman orang Islam minum arak, berzina, jadi GRO dll.
    Roseman, terima kasih atas cadangan tetapi aku ingat patut KasiHentam yang kena belajar dgn profesor2 yg ko cakap tu terlebih dahulu spy dia tahu mana undang2 di bawah Kerajaan Pusat dan mana di bawah kerajaan negeri. Satu lagi Kerajaan Malaysia sekarang diperintah oleh Barisan Nasional yg merupakan gabungan parti2 politik lain. Kerajaan Malaysia bukan diperintah oleh UMNO semata2. Kalau Pas di bawah pakatan rakyat kata susah nak laksana hudud, maka itulah masalah yang UMNO hadapi...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.