14 September 2010

Kes Sosilawati sudah jadi isu perkauman! Wow... Bahaya!!

Seorang kawan aku marah benar dengan orang Melayu yang katanya masih lagi berdiam diri sedangkan sudah terbukti empat orang Melayu tak berdosa dibunuh kejam oleh orang India. Katanya kalau dibiarkan, puak-puak Hindraf semakin naik tocang dan tak hormati Melayu. Melayu kena bertindak dan India patut diajar!! Wow!! Panas berapi!!!

Nampaknya kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain kini telah menjadi isu perkauman yang cukup membimbangkan dan silap hari bulan boleh mencetuskan Peristiwa 13 Mei. Tambahan pula ramai yang tukang mengapi-apikan keadaan, menyimbah minyak ke dalam api, lagilah menyala.

Wow! Bahaya... amat bahaya!!!

Nampaknya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang baru kena pantau keadaan ini kerana kalau tidak dibendung ia akan mencetuskan krisis perkauman yang membahayakan.

Blog Just Read (Jailani Harun) pun tulis hal sama... Baca di sini!

Perkara ini aku sudah nampak. Sebab itulah awal-awal lagi aku minta semua pihak supaya tidak mempolitikkan kes ini sehingga menjadi satu sentimen perkauman. Tapi bila aku cakap macam tu, kawan aku melompat marahkan aku. "Inilah Melayu!!!" Itulah herdiknya kepada aku.

Aku tanya dia, apakah kalau kita merusuh dengan India akan hidupkan semula Sosilawati, Kamarudin, Noorhisyam dan Ahmad Kamil? Apakah ia menyelesaikan masalah melibatkan jenayah di kalangan orang India? Jawapannya cukup mudah... TIDAK!

Sebaliknya ia hanya mencetuskan krisis negara yang silap hari bulan menumpahkan darah orang-orang yang tidak berdosa dan memusnahkan masa depan negara. Buat apa? Bukankah lebih baik kes ini diserahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah. Kalau semua perkara mahu dilihat dari sudut perkauman, wah susah kita nak hidup di Malaysia ni. Ingatlah kita hidup kat bumi bertuah ni tak lama dah. Tapi anak cucu kita akan datang yang kita kena fikirkan.

Dalam kes ini yang bersalah ialah pelakunya dan bukannya kaumnya. Fikirlah secara waras!!

Share this

9 Responses to "Kes Sosilawati sudah jadi isu perkauman! Wow... Bahaya!!"

  1. salam.....


    setakat ini...melayu masih rasional!!!

    tapi kaum lain pasti bertindak tak keruan!!!

    ReplyDelete
  2. Jangan... Isu kampung medan, masjid kg rawa penang. Bukankah libatkan kedua-dua puak ini?

    ReplyDelete
  3. salam lebaran,

    Melayu sudah lama beralah... sampai bila harus diguris hati ini?

    Insyallah, Melayu masih rasional spt kata jiwakita. Keamanan adalah keutamaan.

    Namun kelihatan Melayu terlampau bertolak ansur...

    ReplyDelete
  4. wahai melayu...ingat!!! dan waspada..apa yang yang kita namapak adalah sekelumit dari agenda lain yang lebih besar yang kita tak nampak...lihat sekeliling dan fahami tindak tanduk ahli politik bangsa ini ...apa yg baru berlaku..dan yg telah berlaku..di kg medan.., kag rawa penang,, di kelang..di kerling..di kampar perak itu adalah hanya peristiwa melukut sahaja..di parlimen..baling buku perlembagaan..dan lihat tingkah lakju mereka di hadapan baginda sultan perak... tapi ada juga melayu yang snaggup bersekongkol dgn mereka..melayu bedebah..sanggup berjoget dgn indrf kerana menyokong demonstrasi kuil yg diroboh kerana di bena secara haram...lihat sahaja di merata tempat kuil2 yg dibena secara haram dan siapa yg akan jadi juara jika kuil ini di roboh oleh PBT? di England? barua ini mengwar2kan konon berlaku ethnic cleansing.....betul tu tapi yang kena clean ialah melayo...wahai melayu..terutama yang meratah jus nikmat hasil DEB sedar2lah diri,,kalo setakat ijazah yg ada tu..kalo org lain perintah ko sepak kertas jadi bariah . jgn jadi barua segelintir manusia gila kuasa.

    ReplyDelete
  5. hhuuuiiii...jangn lebih-lebih bang...nanti MENTERI AMARAN hunus keris marah...silap-silap ke dalam kita nanti...kita ni tak boleh komen lebih-lebih...orang lain takpe...

    kalua dah slow tu, tukar jelah MENTERI DALAM NEGERI tu...slow sangat...takda AURA nak jaga kementerian tu...

    cadangan aku, lantik je mantan KPN jadi menteri...mau Mr Bean & The geng kepanasan...pada aku, KDN perlua ada menteri yang tegas...berani...(BUKAN SEKADAR HUNUS KERIS)...

    belajarlah dengan TUN M, dia jadi PM, pegang sekali potfolio KDN, aman je malaysia dulu...senang dia nak buat keputusan, kuasa veto pada dia...sape nak cabar???

    NAJIB pun perlu ambil alih KDN, lepaskan potfolio menteri kewangan...

    tak rugi belajar dengan TUN M dalam tadbir negara...jangan jadi pok lah, hancur malaysia ni..mujur menantu tak jadi menteri...jadi ketua pemuda pun mujur-mujur je...(susah nak cakap) lantak kolah kitol oooiiiii....

    ReplyDelete
  6. Jangan baik sangat dengan depa ni.. Pasai tu ada pepatah kata kalau jumpa ular dengan india, katok india dulu..

    ReplyDelete
  7. mana pegi puak yang usung gambar beng hock & kugen?

    melayu dah lemah dan berpecah..

    ReplyDelete
  8. Ada seorang kawan aku kata, dia tengok jirannya yang berbangsa India semakin "kecik". Seorang lagi kawan aku kata, elok kalau ada mana-mana mat komando "mengamok" kat Brickfield!
    Dan korang semua pun macam tak berapa setuju dengan pandangan aku. Tapi tak mengapa sebab itu pendirian masing-masing. Tapi aku tetap mahu melihat hal ini diselesaikan dengan baik, tanpa melibatkan pertumpahan darah mereka yang tidak berdosa yang lain....

    ReplyDelete
  9. hurmm ada betulnyer...sebagai melayu yg berfikiran waras dan rasional...x perlu ar rasenyer kita nk mnyerang kaum2 india...sbb jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.