02 September 2010

Musa Hassan bersara, ramai yang bergumbira?

TERKINI 6/9/2010:
Luahan rasa Musa Hassan termasuk pengakuan beliau tentang wujudnya campur tangan KDN ketika beliau menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara, sekali gus mengesahkan tulisan aku sebelum ini. Baca luahan beliau di sini...!

POS ASAL:
Bila Musa Hassan disahkan akan bersara sebagai Ketua Polis Negara mulai 12 September ini (sehari selepas raya), ramailah yang beraya sakan, bergumbira atau silap-silap buat doa selamat dan potong pulut kuning. Maklum, siapa yang tak kenal Musa Hassan, IGP yang dianggap paling bersih dari sebarang sogokan. Anak ustazlah katakan.
Publish Post

Tiadanya Musa Hassan di pejabat IGP di Bukit Aman bukan sahaja menggembirakan kebanyakan para pegawai polis kerana selepas ini mereka tidak lagi bimbang atau takut-takut kalau ada pihak-pihak yang murah hati nak bagi hamper sempena raya, nak tolong tukar tayar kereta, tolong modified kereta kasi sporty, atau pergi enjoy kat kelab-kelab dangdut. Sebabnya Musa Hassan dah bersara.

Malahan bersaranya Musa Hassan juga dikaitkan dengan orang-orang besar di Kementerian Dalam Negeri. Khabarnya selama ini keberadaan Musa sebagai IGP tidak disenangi oleh orang-orang penting di kementerian lantaran kerana imej bersih Musa. Justeru, mereka juga tidak berani untuk bermacam-macam kerana adanya Musa.

Di pihak pembangkang jangan ceritalah. Anwar Ibrahim selama ini amat bencikan Musa Hassan yang konon dikaitkan dengan kes ketika dia ditangkap atas kes salah laku beliau pada 1999 dulu bersama-sama Ghani Patail. Sampai sekarang Anwar masih berdendam dengan Musa. Dan bila Musa dah bersara, tentulah Anwar tersengih-sengih macam kerang busuk.

Dan yang tidak kurang gembiranya ialah puak2 DAP. Aku tak tahu kenapa Lim Kit Siang nak sangat Musa Hassan berhenti. Aku tak berani tuduh tetapi kalau tak ada sebab-sebab yang merugikan mereka, puak2 DAP tak akan bersuara lantang sehinggakan memaksa Musa Hassan berhenti. Agaknya selepas ini pasukan D7 Bukit Aman tak adalah aktif sangat serbu rumah-rumah urut, disko dan pub lagi kut.

Kini tugas IGP diserahkan kepada Ismail Omar. Cadangan nama Ismail dikemukakan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri. Lepas ini kita tengok apakah Ismail juga akan dibenci oleh puak2 yang berkepentingan baik dalam kerajaan mahupun kepada puak2 pembangkang...

Apa pun aku nak ucapkan selamat bersara kepada TS Musa Hassan. Terima kasih atas jasa-jasa Tan Sri menjaga keselamatan negara sepanjang tempoh menjadi IGP. Terima kasih Tan Sri!!

Share this

4 Responses to "Musa Hassan bersara, ramai yang bergumbira?"

  1. Sepanjang menjalankan tugas sebagai pegawai penyiasat khabarnya TS Musa tu tak pernah gagal. Hebatkan. Inilah barangkali sebagai IGP pin beliau dibenci (ditakuti).

    Tapi tengoklah gantinya pun. Lepas satu dua tindakan akan mula kedengaranlah. Sebenarnya bagi puak kaki bising tu kalau tiada polis lagi baik.

    ReplyDelete
  2. Blog sedara dilink oleh

    http://airmata-darah-keringat.blogspot.com/


    Dan sewajarnya jugalah kerajaan menukar status Datuk Seri Hishamuddin dari Menteri KDN ke jawatan lain yang lebih sesuai dengan perwatakannya yang agak lembut dan bersopan..mungkin juga beliau lebih sesuai menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Pemilihan akan datang , mari kita pastikan Hishamuddin OUT !

    pastikan Hishamuddin gagal dalam usahanya , pastikan Hishamuddin tersungkur dipintu syurga !

    si menteri amaran , menteri KDN paling gagal dalam sejarah negara !
    tiada guna manusia seorang ni ..

    ReplyDelete
  4. gwkolonel: Agak2 suara bloggers macam kita ni akan didengari oleh Najib tak?
    Rinandamku: Bab ini aku tak boleh tolong sbb aku bukan ahli UMNO. Jauh sekali ada jawatan dalam cawangan/bahagian iaitu penentu naik turun seorang pemimpin UMNO.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.