27 September 2010

Nazri perlu lepaskan jawatan dan tinggalkan UMNO

Nazri Aziz perlu lepaskan jawatan sebagai menteri kabinet dan sila tinggalkan UMNO. Bagi aku pemimpin parasit macam Nazri memang tak layak duduk dalam kabinet Najib. Selain boleh merosakkan reputasi Najib, Nazri juga boleh menjejaskan usaha UMNO dan BN untuk mengembalikan kemenangan majoriti 2/3 dalam PRU-13 nanti.

Kenyataan demi kenyataan yang bercanggah dengan perjuangan UMNO yang dinaunginya jelas menunjukkan Nazri semakin terpesong. Selain terus menerus menghentam Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu orang yang bertanggungjawab mengangkatnya dari entah siapa-siapa kepada seorang pemimpin yang "hebat". Dia turut menghentam siapa sahaja yang pernah menaikkan namanya selama ini, termasuk akhbar Utusan.

Inilah manusia yang tak kenal budi dan jasa iaitu Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz.

Dalam hal ini, aku lebih respek dan kagum dengan Zaid Ibrahim yang sanggup melepaskan jawatan sebagai menteri kabinet dan membuat keputusan meninggalkan UMNO selepas menyedari perjuangannya tidak seiring dengan parti dan kerajaan.

Tetapi manusia bernama Nazri hanyalah seorang pengecut yang kerjanya hanya mengampu Perdana Menteri. Kalau dahulu masa zaman Tun Mahathir, dialah paling hebat membodek dan mengipas Tun Mahathir. Tetapi ketika zaman Pak Lah, dia begitu hebat mempertahankan Pak Lah daripada kritikan Tun Mahathir dan kini dia juga mahu menunjukkan kehebatannya "mempertahankan" Najib.

Tidak hairanlah namanya tidak pernah tercicir untuk dicalonkan dalam PRU serta berada dalam barisan kabinet baik zaman Tun Dr. Mahathir, Pak Lah Badawi hinggalah Najib. Hebatkan?

Jelas sekali pemimpin seperti ini tidak layak untuk mempimpin rakyat, apa lagi untuk berada dalam barisan kabinet. Kalau sudah tidak seiring dengan perjuangan parti dan kerajaan, Nazri sepatutnya lepaskan jawatan dan sila tinggalkan UMNO.

Mahukah Nazri?

p/s: Keputusan membuka kuota 10% kepada bukan Bumiputera untuk memasuki MRSM dibuat oleh Nazri ketika dia menjawat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan selepas mengadakan pertemuan dengan MCA (atau pertubuhan Cina... aku lupa!)

Share this

3 Responses to "Nazri perlu lepaskan jawatan dan tinggalkan UMNO"

  1. bodoh punya nazri...konon2 1malaysia la tu...itu 1MalaySial...

    ReplyDelete
  2. Pandangan saya "Nazri mesti lepaskan jawatan dan tinggalkan UMNO".

    ReplyDelete
  3. Ya lah En Nazri.

    Kalau ada baki baki tu, tinggalkan lah UMNO.

    Melukut lagi baik sebab kalau melukut, ada tak berguna (tak menyusah), tapi En Nazri ada didalam UMNO (menyusah malah menyemakkan keadaan)

    So, please lah. Blah. Jaga anak tu...bimbinglah dia kejalan yang diredhai. Manalah tahu, boleh menjadi penyelamat diri semasa di alam kubur nanti. (saya tak cakap main main ni.... sungguh)

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.