12 September 2010

Sosilawati dibunuh? Masya-Allah......

TERKINI 3.30pm 12.9.2010:
Polis mengesahkan Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh, mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Innalillah.. Al-Fatihah buat semua mangsa!

POS ASAL:
Niteline TV3 (12 am) sebentar tadi melaporkan Sosilawati dan tiga yang lain dipercayai dibunuh kejam. Mayat mereka dibakar. Masya-Allah, jika benarlah laporan ini sudah pasti ia amat mendukacitakan bukan sahaja kepada keluarga yang terbabit tetapi juga seluruh rakyat di negara ini.

Malang sungguh kerana ia berlaku ketika umat Islam sedang merayakan Aidilfitri, iaitu hari kemenangan selepas sebulan menunaikan ibadah puasa. Aku boleh bayangkan perasaan anak-anak dan isteri dan keluarga mangsa terbabit.

Aku harap mereka yang bertindak kejam ini dikenakan hukuman yang seberat-beratnya. Kepada IGP yang baru, aku harapkan pihak polis terus bertugas dengan gigih bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini yang kini aku rasakan semakin menakutkan.

Kepada KDN, tolong jangan ganggu tugas polis! (berdasarkan dakwaan Musa Hassan)

p/s: Baca juga: Ayuh sama-sama doakan keselamatan Sosilawati

Share this

3 Responses to "Sosilawati dibunuh? Masya-Allah......"

  1. Sedih, tak mampu nak kata apa-apa.
    Al-Fatihah buat 'mereka'.
    Takziah buat keluarga 'mereka'.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah.......apa nak jadi negara kita ni? IGP baru tolong siasat. Takziah bagi seluruh keluarga

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.