UMNO, Pas... Bila nak bermaaf-maafan

Di bulan Syawal yang mulia ini, Islam menuntut umatnya untuk saling bermaaf-maafan dan melupakan segala sengketa, pertelingkahan, perselisihan dan pergeseran sesama umat. Malah Syawal juga adalah bulan bagi umat merapatkan barisan dan tali persaudaraan. Sebab itulah bulan Syawal digalak untuk kita saling kunjung mengunjung, bertujuan merapatkan silaturrahim sesama umat di samping menghulurkan tangan bermaafan.

Bercerita bab maaf-bermaafan ini, aku teringin benar melihat para pemimpin UMNO dan Pas saling bermaafan sempena bulan Syawal ini. Bilakah agaknya UMNO dan Pas untuk saling melupakan sengketa, perselisihan, perbalahan, pergeseran atau perbezaan pandangan dan seterusnya merapatkan hubungan sesama umat Islam berlainan fahaman politik ini.

Amatlah malang dalam kita menyambut Syawal ini masing-masing masih menyimpan kebencian dan enggan untuk saling mengenepikan sengketa semata-mata kerana politik kepartian masing-masing. Dan andai hal ini masih terbuku di hati masing-masing, percayalah kita adalah umat Islam yang paling rugi di muka bumi ini sebaliknya memberikan keuntungan kepada orang lain.

Justeru, sempena Syawal yang mulia ini kenapa UMNO dan Pas tidak saling bermaafan, saling kunjung mengunjung. Alangkah baiknya juga UMNO mengadakan rumah terbuka dan mengundang semua pemimpin Pas menyerikannya dan begitu juga sebaliknya, Pas mengadakan majlis halal-bihalal yang turut disertai oleh semua pemimpin UMNO. Bukankah itu molek di mata rakyat.

Tapi aku rasa aku hanya bermimpi....
UMNO, Pas... Bila nak bermaaf-maafan UMNO, Pas... Bila nak bermaaf-maafan Reviewed by mesin taip buruk on 9/17/2010 05:07:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.